Busyra Holidays

Busyra Holidays Busyra Holidays - 13 Tahun Peduli Jemaah - Umrah…
Tahun ke - 2 (PJH) Haji & Pelancongan Muslim. UMRAH PEDULI JEMAAH
(8)

15/06/2026

VIDEO • MAJLIS KESYUKURAN HAJI 1447H

Syukur, tamatnya operasi Haji musim 1447H kali ini jemaah Haji Busyra diraikan pada satu majlis makan malam. Untuk meraikan tamatnya ibadah Haji tahun ini jemaah disajikan dengan pelbagai juadah hidangan makanan dan hadiah dari Busyra Holidays.

Alhamdulillah, segala perjalanan Haji tahun ini berjalan dengan sangat baik dan lancar. Syukur Allah SWT hadirkan keluarga Haji yang sangat baik dan saling membantu di antara satu sama lain.

InsyaAllah pada bakal-bakal jemaah Haji musim 1448H bersiap sedia untuk “Perjalanan Haji Qalbun Salim” pada tahun hadapan 2027.

𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 | 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐁𝐔𝐒𝐘𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐂𝐅𝟎𝟏𝟗 & 𝐂𝐅𝟎𝟏𝟖 Alhamdulillah, para jemaah Haji Busyra 2026 bagi kump**an CF01...
11/06/2026

𝐆𝐀𝐌𝐁𝐀𝐑 | 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐁𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐁𝐔𝐒𝐘𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐂𝐅𝟎𝟏𝟗 & 𝐂𝐅𝟎𝟏𝟖

Alhamdulillah, para jemaah Haji Busyra 2026 bagi kump**an CF019 & CF018 telah selamat tiba di tanah air pada 10 Jun 2026 setelah menyempurnakan ibadah haji di Tanah Suci.

Syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat, kemudahan dan perlindungan yang dikurniakan sepanjang perjalanan ibadah para dhuyufurrahman ini.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Busyra Holidays untuk menjadi teman perjalanan ibadah para jemaah.

Semoga segala pengalaman dan pengajaran yang diperoleh di Tanah Suci terus mekar dalam kehidupan seharian serta menjadi bekalan menuju keredaan-Nya.

Selamat kembali ke tanah air, semoga sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. 🤲🏻✨

MAJLIS KESYUKURAN IBADAH HAJI MUSIM 1447HSatu majlis kesyukuran makan makam bagi meraikan jemaah-jemaah Haji selepas sel...
10/06/2026

MAJLIS KESYUKURAN IBADAH HAJI MUSIM 1447H

Satu majlis kesyukuran makan makam bagi meraikan jemaah-jemaah Haji selepas selesai menjalani keseluruhan ibadah Haji tahun ini. Jemaah dijamu dengan pelbagai hidangan masakan mewah Melayu & Arab dan ditambah p**a dengan majlis aqiqah dari jemaah Haji Busyra.

Turut hadir bersama Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji (PJH) iaitu Tuan Hj. Anuar bin Ahmad (Tabung Haji) , Mr. Jamil Bondagji (NOZOLY), dan wakil dari pihak Hotel Manazel Al Maqam (Aziziyah).

Semoga memori ini menjadi ukhwah yang kuat bersama keluarga besar Haji Busyra Holidays 1447H yang terus berkekalan hingga selamanya.

LENSA HAJI BUSYRA • MELONTAR JAMRAHKenangan 3 hari Tasyrik kami simpan di sini sebagai tatapan para Hujjaj tahun ini. Se...
07/06/2026

LENSA HAJI BUSYRA • MELONTAR JAMRAH

Kenangan 3 hari Tasyrik kami simpan di sini sebagai tatapan para Hujjaj tahun ini. Setiap kenangan dan gelak tawa jemaah berjalan dari Hotel Aziziah ke Masjid Khayf akan menjadi memori terindah buat semua ☺️.

Perjalanan Haji memerlukan jiwa yang tenang dan sejahtera untuk kita bersama satu hati dalam “Perjalanan Haji Qalbun Salim”.

07/06/2026

WAJIB HAJI • MELONTAR TIGA JAMRAH

Perjalanan 3 hari jemaah Haji untuk melontar jamrah bermula pada 11 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah. Jemaah Haji bergerak menuju ke kawasan Mina selepas waktu Isyak untuk bermabit di Masjid Khayf dan Khemah Mina 112.

Lontaran 3 jamrah bermula selepas waktu Subuh dimulai dengan Jamratul Ula, Jamratul Wusta & Jamratul Aqabah. Selesai melontar jemaah terus p**ang ke Hotel Aziziyah untuk berehat dan bersedia untuk lontaran keesokannya.

03/06/2026

VIDEO • MINA KE JAMARAT

Perjalanan ini tidak mudah dan memerlukan kekuatan jiwa dan hati untuk selesaikan rukun & wajib Haji. Perjalanan dari Arafah diteruskan ke Muzdalifah dan kembali ke Mina untuk berjalan kaki ke kompleks Jamarat sekitar 4 km jaraknya.

Jemaah bergerak pada malam hari 10 Zulhijjah dan ianya mengambil masa 1 jam untuk tiba di kompleks jamarat. Setelah tiba jemaah meneruskan lontaran jamrah Aqabah untuk melengkapkan wajib Haji pada hari 10 Zulhijjah.

02/06/2026

𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐌 𝟔,𝟓𝟗𝟎 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀‼️
𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 – 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑

Tuan Puan masih mencari pakej umrah yang sesuai dengan bajet dan pilihan perjalanan yang pelbagai? 😁

𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐈𝐊 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔?

✅ Harga serendah RM6,590
✅ Flight Confirmed
✅ Kembara 4 Kota
✅ Ziarah Mesir
✅ Ziarah Turki
✅ Pilihan Umrah Hawa khas untuk wanita
✅ Bimbingan mutawwif berpengalaman

Pelbagai pilihan pakej dari Julai hingga Disember 2026 untuk memenuhi keperluan setiap jemaah.

⚠️ 𝐒𝐄𝐀𝐓 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 bagi setiap tarikh penerbangan.
Jangan tunggu sehingga penerbangan penuh baru ingin membuat tempahan ‼️

📲 Klik WhatsApp sekarang untuk semak tarikh & kekosongan seat terkini.
>> Ustaz K : www.wasap.my/60174936772/UMRAH6590
>> Cik Sya : www.wasap.my/601153439539/UMRAH6590

Address

Jalan Pusat Bandar 2
Bandar
43650

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+601135350372

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Busyra Holidays posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Busyra Holidays:

Share