Ustazah Fatimah Embi

Directions

Ustazah Fatimah Embi Mutawwifah | Umrah Consultant | Kursus Umrah | Al-Quran • Fardu Ain • Sirah

✨ PACKING PLAN JEMAAH UMRAH ✨Persiapan keperluan yang baik sebelum berangkat akan membantu perjalanan Umrah menjadi lebi...
22/08/2026

✨ PACKING PLAN JEMAAH UMRAH ✨

Persiapan keperluan yang baik sebelum berangkat akan membantu perjalanan Umrah menjadi lebih teratur, tenang dan mudah, insya-Allah. 🤍

Buat persiapan yg paling ringkas.

Sebelum mula mengemas, asingkan barang mengikut jenis beg supaya barang penting mudah dicapai apabila diperlukan:

🧳 Beg Cargo
Untuk pakaian, keperluan harian dan barang yang di perlukan digunakan di hotel.

🎒 Backpack / Hand Carry
Simpan keperluan yang diperlukan semasa penerbangan dan perjalanan sebelum menuju hotel.

👜 Sling Bag
Khas untuk urusan imigrasion dan penerbangan. Pasport, dokumen perjalanan, wang dan barang penting yang perlu sentiasa berada bersama kita.

Semoga panduan ringkas ini membantu para jemaah membuat persiapan dengan lebih teratur dan mengelakkan barang penting tertinggal.

📌 Tip: Mulakan packing lebih awal dan buat senarai semak semula setiap barang sebelum beg ditutup.

Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan perjalanan, mengurniakan kesihatan, keselamatan dan menerima ibadah Umrah kita.
Umrah yang mabrurah, insya-Allah. 🤲🏻🕋

Umrah
Umrah
umrah privite
family privite

Kem Mutawwif IntegrasiHaramain 2.0 12-22Sept 2024الحمد لله......🌹… satu kenangan yang sangat bermakna dalam perjalanan s...
19/08/2026

Kem Mutawwif Integrasi
Haramain 2.0
12-22Sept 2024

الحمد لله......🌹
… satu kenangan yang sangat bermakna dalam perjalanan saya menimba ilmu sebagai seorang mutawwifah.

Gambar ini dirakam ketika Graduasi KMI Haramain 2.0, selepas melalui 16 hari latihan dan praktikal bersama murabbi kami, Alfadhil Ustaz Abdullah Faizal. PENGASAS Kem Mutawwif Integrasi.

Di penghujung perjalanan itu, saya diberi penghargaan menerima Anugerah Mutawwif/Mutawwifah “Zero to Hero” – KMI Haramain 2.0.

Bagi saya, anugerah ini bukan tentang menjadi “hero”.

Ia adalah peringatan bahawa setiap perjalanan ilmu bermula daripada tidak tahu, kemudian belajar sedikit demi sedikit, menerima teguran, melalui kesilapan, memperbaiki diri dan terus melangkah.

Sepanjang 16 hari itu, banyak yang kami pelajari — bukan sahaja tentang ilmu dan praktikal seorang mutawwifah, tetapi juga tentang amanah, disiplin, kesabaran, kerja berpasukan dan bagaimana menyantuni Ḍuyūfur-Raḥmān dengan sebaik-baiknya.

Terima kasih kepada murabbi kami, sahabat-sahabat seperjuangan dan semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan KMI Haramain 2.0 ini.

Anugerah ini saya simpan bukan untuk dibanggakan, tetapi sebagai satu peringatan kepada diri sendiri:

Semoga ilmu yang dipelajari terus memberi manfaat dan menjadi bekalan untuk berkhidmat dengan lebih baik pada jemaah.

Dari tidak tahu, kita belajar.
Dari belajar, kita berusaha.
Dan dengan izin Allah, kita terus melangkah.

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 🤍

Apakah fakta ini MITOS ATAU BENAR? 🤔Saya terjumpa perkongsian ini tentang sejarah sambutan Maulid al-Nabawi ﷺ.Menurut po...
16/08/2026

Apakah fakta ini MITOS ATAU BENAR? 🤔

Saya terjumpa perkongsian ini tentang sejarah sambutan Maulid al-Nabawi ﷺ.

Menurut poster ini, Rasulullah ﷺ, para Khulafa’ al-Rasyidin, para sahabat serta imam-imam terdahulu tidak pernah mengadakan sambutan Maulid seperti yang dikenali hari ini, dan ia dikatakan muncul kemudian pada zaman pemerintahan Fatimiyyah.

Saya kongsikan bukan untuk terus mengiyakan atau menolak, tetapi untuk kita sama-sama belajar dan semak sejarah dengan ilmu.

Yang mempunyai ilmu atau rujukan sejarah yang muktabar, silakan berkongsi di ruangan komen. 📚

Mohon kita berbincang dengan ilmu, dalil dan adab, bukan dengan emosi atau menghukum pandangan orang lain.

Saya juga ingin belajar daripada perkongsian sahabat-sahabat semua. 🌷

Apa pandangan anda? Cuba beritahu di ruang koment ..MITOS atau BENAR

15/08/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 🌷

Ada satu masa dalam hidup, kita banyak berjalan… tetapi tidak sempat bercerita tentang perjalanan itu.

Begitulah saya dengan Facebook.

Selama ini, hari-hari saya banyak terisi dengan amanah, mengajar, belajar dan perjalanan hidup yang Allah telah aturkan. Kerana itu, saya tidak begitu mempunyai kesempatan untuk aktif di sini.

Namun saya terfikir… pada usia yang sudah semakin di penghujung perjalanan ini.... mungkin ada sedikit ilmu dan pengalaman yang Allah izinkan untuk kita berkongsi dua hala, yang boleh memberi manfaat bersama.

Saya seorang mutawwifah, membimbing dalam urusan Umrah termasuk secara private. Saya juga mengajar Al-Quran, Fardu Ain dan Sirah, serta memberikan bimbingan dan kursus private persediaan Umrah.

Namun di sebalik semua itu, saya juga adalah seorang pelajar.

Masih belajar.
Masih memperbaiki diri.
Masih jatuh bangun dalam perjuangan menambah ilmu sedikit demi sedikit.

Semakin kita belajar, semakin kita sedar bahawa terlalu banyak yang belum kita ketahui.

Saya berharap ruang ini boleh menjadi tempat kita saling berkongsi ilmu, pengalaman dan perkara-perkara yang membawa hati kita lebih dekat kepada Allah.

Jika ada sesuatu di sini yang memberi manfaat, bolehlah Like & Follow page ini supaya kita dapat terus belajar dan berkongsi bersama.

Selamat datang ke ruang kecilku. 🌷

Semoga setiap yang dikongsi di sini menjadi sesuatu yang bermanfaat, dan mudah-mudahan ada bahagiannya yang Allah terima sebagai amal yang berpanjangan.
آمين.

Address

Taman Setia Indah
Johor Bahru

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ustazah Fatimah Embi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category