CARTA ORGANISASI PEJABAT RELA DAERAH KULAI :
PgR MOHD ZAINOL BIN ABD RAZAK
Pemangku Pegawai RELA Daerah Kulai
PgR NORHAZIAN BINTI RAMLI
Penolong Pegawai RELA Daerah (Latihan/Logistik)
PUAN NUR IZZAH ATHIRAH BINTI MD FAUZI
Pembantu Tadbir (P/O)
CIK BAIZURA BINTI MARSUDI
Pembantu Tadbir (Umum)
SEJARAH RELA :
- Home Guard atau Pengawal Kampung ditubuhkan bertujuan untuk menjaga keselamatan set
empat apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ahli-ahlinya terdiri daripada sukarelawan masyarakat setempat. Pasukan Pengawal Kampung dibubarkan setelah darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
- Tenaga sukarelawan digembleng sekali lagi apabila negara menghadapai ancaman konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963-1965. Pasukan Kawalan telah diwujudkan bagi membantu agensi keselamatan menangani pendaratan dan penyusupan pihak Indonesia. Pada waktu itu, Pasukan Kawalan bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kepada pasukan keselamatan tentang ancaman pihak Indonesia. Apabila tamat konfrontasi pada tahun 1965, ia telah dibubarkan.
- Pada 13 Mei 1969 telah berlaku pergaduhan antara kaum. Insiden yang berlaku telah menyedarkan pemimpin-pemimpin negara pada ketika itu tentang pentingnya diwujudkan satu pasukan sukarela yang tetap bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah dan ancaman keselamatan. Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri mencadangkan supaya pasukan sukarela berfungsi sebagai mata dan telinga kerajaan.
- Pada 11 Januari 1972, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menubuhkan RELA di bawah Seksyen 2 Akta (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1964. Pasukan RELA dikawal di bawah Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 ( Peraturan-Peraturan Perlu Ikatan Relawan Rakyat ) Pindaan 2005.
- Petikan ucapan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang juga Menteri Dalam Negeri disambutan Hari RELA yang pertama di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur pada 13 Januari 1990."...The ACs, Home Guard and the Pasukan Kawalan have all since been abolished. But RELA continues to exist since its inception 18 years ago. It continued existence is proof of its role in helping to determine the security and defence of the country. RELA also signifies the goverment commitment to harness the people support through voluntary means, both during peace time or otherwise...".
- Pada 20 Mac 1999, YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menjadi Menteri Dalam Negeri telah mewujudkan Falsafah RELA yang baru. Falsafah ini mengandungi falsafah perjuangan RELA berasaskan lunas-lunas yang meliputi benteng ketiga pertahanan negara, pasukan sokongan berwibawa, tugas-tugas kebajikan serta ekonomi dan berdikari. Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:
- Memastikan keselamatan setempat
- Memastikan keamanan setempat
- Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
- Memastikan keharmonian masyarakat setempat
Fungsi dan tugas RELA
- 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
- Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
- Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
- Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
- Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian
Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA
• Warganegara Malaysia.
• Umur 16 tahun dan ke atas.
• Sihat tubuh badan. Kecuali
• Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.
• Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.
• Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.
• Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.
• Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
• Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.
• Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.
• Anggota-anggota Pasukan Polis.
• Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.
• Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.
• Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.