Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain

Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain Mohd Faridzul Yop adalah merupakan founder group FB Kembara Sahabat Haramain Mekah Madinah sejak 2013

29/05/2026

Semoga kita dapat menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan solat di Masjid Nabawi..InshaaAllah..

29/05/2026
24/04/2026

Permudahkan urusan penghantaran barang dari Tanah Suci ke Malaysia bersama FGV Transport Services Sdn. Bhd. sempena musim haji ini.

Direka khas untuk memberi ketenangan sepanjang perjalanan ibadah anda, perkhidmatan ini menawarkan solusi door-to-door yang lengkap dan menyeluruh. Setiap kiriman diurus dengan teliti โ€” daripada pembungkusan, perlindungan insurans, urusan kastam Malaysia, hinggalah penghantaran terus ke pintu rumah.

Dengan rangkaian operasi di Mekah dan Madinah, proses penghantaran menjadi lebih lancar dan tersusun, membolehkan jemaah memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah tanpa perlu risau tentang urusan logistik.

Lebih daripada sekadar penghantaran, FGV Transport hadir dengan nilai tambah dari segi kemudahan, keselamatan dan pengurusan menyeluruh โ€” memastikan setiap kiriman sampai dengan tenang dan terjaga.

Mudah. Jimat. Selamat.
Bersama FGV Transport Services.

DOA SELAMAT MENUNAIKAN HAJI 1447H๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ูุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽ...
18/04/2026

DOA SELAMAT MENUNAIKAN HAJI 1447H๐Ÿ•‹๐Ÿ•‹

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู€ูฐู†ู ุงู„ุฑู‘ูŽุญููŠู’ู…ู
ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุงู„ุตู‘ูŽู„ุงูŽุฉู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุฃูŽุดู’ุฑูŽูู ุงู’ู„ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุฑู’ุณูŽู„ููŠู’ู†ูŽ ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุกูŽุงู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ุฃูŽุฌู’ู…ูŽุนููŠู’ู†ูŽ.

Ya Allah, dengan hati yang penuh khusyuโ€™ dan tawaduโ€™, kami bersyukur kepada-Mu kerana dengan keizinan dan kurniaan-Mu maka dapatlah kami berhimpun sempena Pemergian (...) bersama keluarga, yang akan berangkat menunaikan ibadah umrah/haji pada hari yang mulia ini, diserikan dengan hamparan petunjuk, keredhaan dan keberkatan daripada-Mu ya Allah.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽูƒู’ุฑูŽู…ูŽ ุงู’ู„ุฃูŽูƒู’ุฑูŽู…ููŠู’ู†ูŽ

Ya Allah, berikanlah keselamatan dan perlindungan kepada mereka semasa pergi dan kembali daripada menunaikan ibadah umrah/haji ini, juga keselamatan buat anak-anak serta harta benda yang ditinggalkan. Jauhkanlah mereka dari perasaan resah gelisah, gangguan kesihatan dan tidak selesa. Kukuhkanlah keimanan dan keyakinan serta peliharalah mereka dengan dipermudahkanlah segala urusan, keselamatan zahir dan batin, harta benda serta keamanan di sepanjang perjalanan untuk menuju ke rumah-Mu, Baitullahil Haram serta mengunjungi ziarah makam nabi kami, Muhammad S.A.W.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุง ุญูŽู†ู‘ูŽุงู†ู ูŠูŽุง ู…ูŽู†ู‘ูŽุงู†ู ูŠูŽุง ุจูŽุฏูŠุนูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽู€ูฐูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู’ู„ุฃูŽุฑู’ุถู ูŠูŽุง ุฐูŽุง ุงู„ู’ุฌูŽู„ุงูŽู„ู ูˆูŽุงู’ู„ุฅููƒู’ุฑูŽุงู…ู

Kami juga memohon, peliharalah mereka dari segala mara bahaya, penyakit dan perasaan duka. Kurniakanlah kepada mereka umrah/haji yang mabrur. Amalan-amalan yang diterima, ziarah yang aman, doa-doa yang dimakbulkan serta dosa-dosa yang diampunkan.

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุตู‘ูŽุงุญูุจู ูููŠ ุงู„ุณู‘ูŽููŽุฑู ูˆูŽุงู„ู’ุฎูŽู„ููŠููŽุฉู ููู‰ ุฃูŽู‡ู’ู„ูู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽู…ู’ูˆูŽุงู„ูู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽูˆู’ู„ุงูŽุฏูู†ูŽุง ูˆูŽุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุงุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุญู’ููŽุธู’ู‡ูู…ู’ ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุขููŽุงุชู ุงู„ุฏูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุนูŽุงู‡ูŽุชูู‡ูุŒ ุณูุจู’ุญูŽุงู†ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐูู‰ ุณูŽุฎู‘ูŽุฑูŽู„ูŽู†ูŽุง ู‡ูŽุฐูŽุง ูˆูŽู…ูŽุง ูƒูู†ู‘ูŽุงู„ูŽู‡ู ู…ูู‚ู’ุฑูู†ููŠู†ูŽ ูˆูŽุฅู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽู‰ ุฑูŽุจู‘ูู†ูŽุง ู„ูŽู…ูู†ู’ู‚ูŽู„ูุจููˆู†ูŽุŒ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุชูŽูˆูŽูƒู‘ูŽู„ู’ู†ุงูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽู„ุงูŽ ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ุงูŽ ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุฅู„ุงู‘ูŽ ุจูุงู„ู„ู‡ูุŒ ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ู…ูŽุฌู’ุฑููŠู‡ูŽุง ูˆูŽู…ูุฑู’ุณูŽุงู‡ูŽุง ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุจู‘ูู‰ ู„ูŽุบูŽูููˆุฑูŒ ุฑู‘ูŽุญููŠู…ูŒุŒ ูˆูŽู…ูŽุง ู‚ูŽุฏูŽุฑููˆุง ุงู„ู„ู‡ูŽ ุญูŽู‚ู‘ูŽ ู‚ูŽุฏู’ุฑูู‡ูุŒ ุฑูŽุจู‘ูŽู†ูŽุง ุกูŽุงุชูู†ูŽุง ููู‰ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽููู‰ ุงู’ู„ุขุฎูุฑูŽุฉู ุญูŽุณูŽู†ูŽุฉู‹ ูˆูŽู‚ูู†ูŽุง ุนูŽุฐูŽุงุจูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูุŒ ูˆูŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุกูŽุงู„ูู‡ู ูˆูŽุตูŽุญู’ุจูู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูู„ู„ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ุงู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู’ู†ูŽ.

Aamiin



fans

BELANJA DUIT KE JALAN ALLAH TERUTAMA SEKALI MENGERJAKAN IBADAH UMRAH DAN HAJIJangan terlalu berkira dalam berbelanja ket...
18/04/2026

BELANJA DUIT KE JALAN ALLAH TERUTAMA SEKALI MENGERJAKAN IBADAH UMRAH DAN HAJI

Jangan terlalu berkira dalam berbelanja ketika menunaikan haji (jika ada duit belanja yang lebih). Nabi ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… bersabda:

ุงู„ู†ู‘ูŽููŽู‚ูŽุฉู ูููŠ ุงู„ู’ุญูŽุฌู‘ูุŒ ูƒูŽุงู„ู†ู‘ูŽููŽู‚ูŽุฉู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ุงู„ุฏู‘ูุฑู’ู‡ูŽู…ู ุจูุณูŽุจู’ุนูู…ูุงุฆูŽุฉู

"Berbelanja ketika menunaikan haji sama seperti berbelanja fi sabilillah. Satu dirham digandakan 700 kali ganda" [Hadis riwayat Ahmad dan disahihkan oleh al-Suyuti dalam al-Jami' al-Saghir].

Maulana Zakariyya al-Kandahlawi rahimahullah berkata dalam Fadilat Haji:

"Guru-guru saya juga menulis bahawa jika kita membeli barangan seperti makanan dan minuman dengan niat untuk menolong para peniaga di sana, perbelanjaan ini tidak dikira sebagai berbelanja untuk diri sendiri, bahkan ia adalah seperti perbelanjaan untuk orang-orang yang memerlukan di sana".

Beliau juga mengatakan bahawa semasa beliau mengerjakan haji bersama gurunya Hadrat Maulana Khalil Ahmad al-Saharanfuri rahimahullah, gurunya berkata:

"Gunalah duit ini untuk membeli sesuatu di pasar kerana kita pun patut membantu para peniaga di sini".

InsyaAllah sama-sama kita berazam untuk pergi haji dan membelanjakan harta kita dalam menunaikan haji. Setiap harta yang kita belanjakan semasa haji akan digantikan oleh Allah di dunia dan di akhirat.



fans

๐Ÿ•‹๐—œ๐—ก๐—™๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ๐Ÿ•‹( ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿด ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—› )๐Ÿ“Disusun oleh : Ust Hj Muhamad Khairul Basri Bin Osman (Penceramah K...
10/04/2026

๐Ÿ•‹๐—œ๐—ก๐—™๐—ข ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ๐Ÿ•‹
( ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—” ๐Ÿด ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—› )

๐Ÿ“Disusun oleh : Ust Hj Muhamad Khairul Basri Bin Osman (Penceramah Kursus Asas Haji Tanah Air PEKTA)

๐Ÿ—“๐Ÿด ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—› :
1. Jemaah haji berkumpul di lobi hotel masing-masing lengkap berpakaian ihram serta beg kelengkapan untuk ke masyair. Pergerakan jemaah dari hotel menuju ke Arafah menaiki bas secara berperingkat bermula dari pagi sehingga selesai. Jemaah dinasihatkan mematuhi arahan dari masa kesemasa berkenaan pergerakan jemaah.

2. Jemaah yang melakukan Haji Tamattuk boleh melakukan persiapan pemakaian ihram serta amalan sunat sebelum ihram di bilik hotel masing-masing. Manakala bagi jemaah yang melakukan Haji Ifrad masih kekal berada dalam keadaan ihram.

3. Bagi jemaah yang melakukan Haji Tamattuk sebelum menaiki bas hendaklah berniat ihram haji. Manakala bagi jemaah Haji Ifrad tidak perlu berniat haji kerana memang sudah sedia berada di dalam ihram haji.

4. Setelah berniat ihram haji jemaah akan menaiki bas. Sepanjang dalam ihram jemaah disunatkan memperbanyakkan talbiah dan menjaga diri dari melakukan larangan ihram.

5. Anggaran perjalanan dari hotel ke Arafah lebih kurang 30 minit bergantung situasi keadaan lalulintas.

6. Apabila tiba di Arafah jemaah boleh masuk ke khemah yang telah ditetapkan mengikut nombor khemah masing-masing. Sekiranya sampai awal boleh rehat serta melakukan aktiviti sendiri.

7. Sepanjang berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina jemaah diharuskan melakukan solat fardhu secara jamak tamam. Ruang solat di Arafah adalah di dalam khemah yang sama jemaah duduk.

8. Hari 8 Zulhijjah masih belum ada amalan khusus yang berkaitan tentang ibadah rukun atau wajib haji. Jemaah boleh meneruskan aktiviti harian seperti rehat, solat, makan atau pergi ke tandas. Makanan disediakan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Jemaah juga digalakkan tidur awal sekiranya tiada apa-apa aktiviti.

๐Ÿ—“ ๐Ÿต ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—› (๐—ฃ๐—”๐—š๐—œ โ€“ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—š):
1. Pagi 9 zulhijjah selepas Solat Subuh kebiasaannya ada slot Tazkirah Subuh. Jemaah digalakkan untuk turut serta mendengar tazkirah yang disampaikan.

2. Jemaah boleh meneruskan aktiviti harian seperti makan, mandi serta berehat di khemah masing-masing.

3. Lebih kurang jam 12.00 tengahari jemaah hendaklah melakukan persiapan berkumpul di khemah masing-masing untuk mendengar khutbah Arafah.

4. Apabila masuk waktu zuhur khutbah Arafah akan disampaikan di khemah masing-masing. Jemaah hanya perlu duduk di khemah masing-masing sambil mendengar khutbah arafah yang disampaikan dan boleh didengari melalui corong speaker yang disediakan di setiap khemah.

5. Selesai khutbah Arafah dibacakan jemaah akan melaksanakan solat Fardhu Zuhur dan Asar secara jamak tamam dalam keadaan berjemaah di khemah masing-masing.

6. Setelah selesai solat maka bermulalah waktu Wuquf di Arafah (waktu wuquf bermula selepas masuk waktu zuhur) dan jemaah boleh meneruskan ibadah (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran atau ibadah lain) masing-masing sepanjang waktu wuquf. Elakkan melakukan perkara yang sia-sia serta tidak bermanfaat sepanjang waktu wuquf.

7. Jemaah boleh meneruskan ibadah samada di dalam khemah ataupun di luar khemah mengikut kesesuaian.

8. Sebelum Maghrib akan ada pergerakan jemaah untuk menuju ke Muzdalifah. Pergerakan ke Muzdalifah juga akan dilakukan secara berperingkat menaiki bas. Jemaah hendaklah bersedia dengan persiapan serta sentiasa mendengar maklumat pergerakan dari masa ke semasa.

9. Jemaah yang bergerak ke Muzdalifah sebelum maghrib hendaklah melakukan Solat Maghrib dan Isyak secara jamak tamam semasa tiba di Muzdalifah. Manakala bagi jemaah yang bergerak ke Muzdalifah selepas Maghrib hendaklah melaksanakan Solat Maghrib dan Isyak jamak tamam di Arafah.

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—› (๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐— ):
1. Jemaah yang tiba di Muzdalifah hendaklah terus kekal (berada) bermabit sehingga melepasi separuh malam ( anggaran 11.30 malam hingga 11.45 malam ke atas).

2. Muzdalifah adalah kawasan tanah lapang yang terbuka serta tidak ada khemah disediakan. Jemaah digalakkan untuk meneruskan ibadah seperti berdoa, berzikir dan juga berehat.

3. Antara amalan sunat semasa berada di Muzdalifah juga ialah mengutip anak batu untuk melontar jamrah. Namun begitu kebiasaannya semua jemaah telah diberikan seuncang batu setiap seorang semasa di hotel lagi. Jika sekiranya batu yang diberikan tidak mencukupi jemaah boleh mengutip anak batu di Muzdalifah.

4. Setelah melepasi waktu separuh malam maka bermula pergerakan jemaah menaiki bas ke khemah Mina. Jemaah hendaklah bersabar menunggu giliran masing-masing untuk menaiki bas. Pergerakan dari Muzdalifah ke khemah Mina akan berlanjutan sehingga selesai semua jemaah bergerak ke Mina.

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›
(๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›) :
1. Jemaah yang tiba di khemah Mina boleh terus masuk khemah masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan. Jemaah boleh berehat dan melakukan aktiviti masing-masing terlebih dahulu seperti solat, makan dan persiapan diri.

2. Jadual melontar jamrah kubra untuk 10 Zulhijjah akan diaturkan untuk setiap maktab. Sebaiknya jemaah pergi melontar mengikut jadual ketetapan masa yang telah ditetapkan untuk memudahkan urusan serta menjaga keselamatan.

3. Kebiasaannya waktu melontar yang ditetapkan ialah bermula petang hingga ke malam. Namun begitu bergantung kepada arahan ketetapan dari masa ke semasa mengikut situasi.

4. Semasa hendak bergerak pergi melontar jamrah, jemaah hendaklah kekal berpakaian ihram serta membawa bersama batu lontaran serta digalakkan membawa sedikit air minuman dan makanan ringan sebagai alas perut.

5. Pergerakan dari khemah Mina menuju ke tempat melontar jamrah dianggarkan lebih kurang 3.5 km pergi dan 3.5 km balik secara berjalan kaki. Bahkan pada waktu puncak jarak mungkin akan menjadi lebih jauh kerana berlaku kesesakan.

6. Semasa tiba ke lokasi tempat melontar jemaah hanya perlu melontar jamrah kubra sahaja sebanyak 7 biji anak batu kerana ini adalah lontaran untuk 10 Zulhijjah.

7. Setelah selesai melontar 7 biji anak batu ke jamrah kubra jemaah boleh melakukan amalan rukun haji seterusnya iaitu bergunting atau bercukur.

8. Setelah selesai bergunting atau bercukur jemaah sudah dikira bertahallul awwal ( bebas 10 larangan ihram kecuali 3 ). Kemudian jemaah boleh p**ang semula ke khemah Mina dan berehat untuk menanti lontaran hari seterusnya p**a. Jemaah boleh berpakaian biasa kerana sudah bertahallul awwal.

9. Bagi jemaah yang tidak mampu melontar sendiri atas faktor kesihatan dan keuzuran boleh mewakilkan lontaran kepada orang lain. Namun begitu perlu mendapatkan pengesahan dari pegawai perubatan di khemah masing-masing.

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›
(๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›) :
1. Lontaran 11 Zulhijjah juga kebiasaanya akan diaturkan jadual melontar secara berkump**an. Jemaah juga digalakkan untuk mengikut jadual melontar sebagaiamana yang telah ditetapkan oleh pihak maktab untuk memudahkan urusan dan pergerakan.

2. Lontaran 11 zulhijjah jemaah boleh pergi dengan berpakaian biasa serta membawa bersama batu lontaran serta bekalan air minuman dan sedikit makanan ringan.

3. Waktu lontaran yang ditetapkan juga kebiasaanya bermula petang sehingga ke waktu malam.

4. Lontaran 11 Zulhijjah jemaah dikehendaki melontar 3 jamrah iaitu jamrah sughra 7 biji, jamrah wusta 7 biji dan jamrah kubra 7 biji.

5. Setelah selesai melontar ketiga-tiga jamrah jemaah boleh p**ang semula ke khemah Mina untuk berehat serta menanti lontaran keesokan harinya p**a.

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›
(๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›) :
1. Bagi jemaah yang melakukan Nafar Awwal lontaran 12 Zulhijjah adalah lontaran yang terakhir yang perlu dilakukan.

2. Kebiasaannya pergerakan lontaran 12 Zulhijjah bagi yang melakukan nafar awwal akan dilakukan selepas Solat Subuh. Jemaah akan melontar ketiga-tiga jamrah sebanyak 7 anak batu di setiap jamrah.

3. Setelah selesai lontaran 12 Zulhijjah jemaah yang melakukan Nafar Awwal akan p**ang khemah dan melakukan persiapan untuk p**ang ke Mekah. Pergerakan p**ang secara berperingkat dengan menaiki bas ke Mekah.

4. Manakala bagi jemaah yang nafar thani waktu yang diaturkan pergerakan melontar jamrah untuk 12 Zulhijjah akan bermula petang hingga ke malam bergantung keadaan dan situasi semasa. Setelah selesai melontar untuk hari ke-13 jemaah p**ang semula ke khemah.

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›
(๐—Ÿ๐—ข๐—ก๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ญ๐—จ๐—Ÿ๐—›๐—œ๐—๐—๐—”๐—›) :
1. Lontaran 13 Zulhijjah adalah lontaran jamrah terakhir yang akan dilakukan bagi kump**an jemaah yang melakukan nafar thani.

2. Pergerakan jemaah untuk melontar jamrah pada 13 Zulhijjah akan dilakukan selepas Solat Subuh.

3. Selesai melaksanakan lontaran pada 13 Zulhijjah jemaah akan p**ang semula ke khemah di Mina untuk persiapan p**ang ke Mekah.

4. Pergerakan bas p**ang ke Mekah juga akan dilakukan secara berperingkat. Jemaah hendaklah bersabar dan tunggu maklumat pergerakan dari masa kesemasa.

๐Ÿ•‹๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ช๐—”๐—™ & ๐—ฆ๐—”๐—œ๐—˜ ๐—›๐—”๐—๐—œ :
1. Jemaah yang baru sampai di Mekah dari Mina dinasihatkan agar mengambil masa berehat terlebih dahulu kerana kebiasaannya apabila p**ang dari Mina jemaah dalam keadaan keletihan dan tidak sihat.

2. Pilih masa dan situasi yang sesuai untuk pergi ke Masjidil Haram bagi melaksanakan tawaf dan saie haji contohnya pada waktu petang atau malam kerana ketika itu cuaca tidak terlalu panas.

3. Perlaksanaan tawaf dan saie haji dilakukan secara masing-masing tanpa dipimpin oleh petugas haji. Jemaah dinasihatkan agar pergi bersama pasangan atau kawan-kawan.

4. Bagi jemaah yang melakukan haji ifrad sekiranya telah melakukan saie haji semasa mula-mula tiba di Mekah (selepas tawaf qudum) hanya perlu melakukan tawaf sahaja.

5. Setelah selesai melaksanakan tawaf dan saie haji maka telah sempurnalah segala amalan ibadah haji.

๐Ÿ“ข๐—ฆ๐—˜๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ :
1. Bagi jemaah kump**an yang memasuki Madinah terlebih dahulu, maka setelah selesai amalan Haji boleh melakukan persiapan untuk p**ang ke tanahair.

2. Manakala bagi jemaah kump**an yang memasuki Mekah terlebih dahulu, setelah selesai amalan Haji boleh melakukan persiapan untuk bergerak ke Mekah.

3. Bagi jemaah yang melakukan Haji Ifrad setelah selesai amalan Haji boleh melakukan umrah p**a.

4. Sebelum bergerak p**ang dari Mekah samada ingin p**ang ke tanahair atau bergerak ke Madinah jemaah hendaklah melakukan Tawaf Wada'.

Disusun oleh :
๐—จ๐—ฆ๐—ง ๐—›๐— ๐— ๐—จ๐—›๐—”๐— ๐—”๐—— ๐—ž๐—›๐—”๐—œ๐—ฅ๐—จ๐—Ÿ ๐—•๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—œ ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ข๐—ฆ๐— ๐—”๐—ก
Penceramah Kursus Asas Haji Tanah Air
(PEKTA)

**Boleh share kepada semua, semoga ianya bermanfaat untuk jemaah haji๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ


fans

Salam Sahabat HaramainBagi yang berminat untuk menyertai Ibadah Qurban dan Aqiqah di Cambodia tahun ini bolehlah menghub...
09/04/2026

Salam Sahabat Haramain

Bagi yang berminat untuk menyertai Ibadah Qurban dan Aqiqah di Cambodia tahun ini bolehlah menghubungi Kembara Amal diy dengan kerjasama Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain & KembaraSahabat Haramain seperti nombor telefon yang tertera di poster untuk dimasukkan ke dalam group whatsapp,sekian terima kasih sahabat. fans

๐Ÿ“ฒ Klik WhatsApp sekarang:
https://wasap.my/60123926960/qurbancambodia

TIPS DOA MAKBUL DI HARI JUMAAT BARAKAT1๏ธโƒฃ Bangun berdoa di sepertiga malamSaat paling mustajab โ€” ketika dunia sunyi, hat...
19/12/2025

TIPS DOA MAKBUL DI HARI JUMAAT BARAKAT

1๏ธโƒฃ Bangun berdoa di sepertiga malam
Saat paling mustajab โ€” ketika dunia sunyi, hati tenang dan Allah paling hampir dengan hamba-Nya. Di waktu inilah doa naik tinggi, dibalut keikhlasan dan air mata pengharapan.

2๏ธโƒฃ Doakan orang lain dalam kebaikan
Saat kita mendoakan orang lain tanpa pengetahuan mereka, malaikat p**a mendoakan perkara yang sama untuk kita. Doa yang lahir dari kasih dan ihsan membuka ruang rahmat yang luas.

3๏ธโƒฃ Bersedekah selepas Subuh
Sedekah di awal pagi ibarat membuka pintu rezeki dan keberkatan. Hati yang memberi dengan ikhlas menjadikan doa lebih mudah diterima oleh Allah.

โ€œSesungguhnya Allah itu Maha Dekat, Maha Mendengar setiap doa yang diseru dengan hati yang bersih dan penuh yakin.โ€

Ayuh para jemaah Haji 2026, kita hidupkan hati dengan doa, amal dan kasih sesama insan. Moga setiap doa menjadi jambatan menuju rahmat Allah. Semoga Allah permudahkan semua urusan bakal-bakal haji.๐Ÿคฒ๐Ÿ’–



fans

Address

No 14B Laluan Siber 5 Bandar Cyber
Ipoh
31350

Telephone

+60123926960

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Faridzul Yop Kembara Sahabat Haramain:

Share