10/06/2026
PROGRAM REHABILITASI KOMUNITI MENTARI SEGAMAT BERSAMA BAS MUAFAKAT JOHOR
Pusat Kesihatan Mental Masyarakat, MENTARI Segamat telah menganjurkan Program Rehabilitasi Komuniti yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menggunakan kemudahan awam secara lebih berdikari.
Pihak Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) berpeluang menyokong program ini melalui penyediaan Bas Muafakat Johor serta sesi taklimat khas mengenai penggunaan perkhidmatan bas percuma tersebut.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta diberikan penerangan mengenai laluan Bas Muafakat Johor di kawasan Segamat, lokasi perhentian yang terlibat, cara mengenal pasti destinasi serta tatacara menggunakan perkhidmatan bas dengan selamat dan berkesan. Pendedahan ini diharap dapat membantu peserta memanfaatkan pengangkutan awam dalam urusan harian mereka.
PAJ merakamkan penghargaan kepada pihak Mentari Segamat atas peluang kerjasama ini dan berharap inisiatif seumpama ini dapat terus memberi manfaat kepada komuniti setempat.