07/01/2020
pakej zirah wali songgo selama 5 hari bermula rm200 hubungi no 0127826287
KEMBARA ZIARAH WALI SONGO
MAKLUMAT PERJALANAN:
Hari Pertama (Surabaya – Malang)
Jemaah dijemput dari Airport Surabaya dan menaiki bas menuju ke Turen, Malang. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam. Kemudian membeli belah Kedai “kripik buah dan kripik tempe sanan”. Waktu malam meneruskan perjalanan ke kota Surabaya. Menginap di Surabaya.
Hari Ke-Dua (Surabaya – Tuban)
Setelah sarapan pagi di hotel, Jemaah akan dibawa berjalan kaki ke Makam Sunan Ampel dan Masjid Ampel di Surabaya. Ziarah dilanjutkan ke Makam Sunan Giri serta Sunan Maulana Malik Ibrahim di Gresik. Seterusnya Jemaah akan dibawa ke Makan Sunan Drajat di Lamongan & Makam As-Syeikhj Assamar Kamndi (orang tua Sunan Ampel). Ziarah yang terakhir pada hari ke-2 ialah ke Makam Sunan Bonang di Tuban. Waktu Malam hari Meneruskan perjalanan ke hotel untuk menginap di Tuban.
Hari Ke-Tiga (Kudus – Pekalongan)
Setelah sarapan di hotel dan chek out, kemudian Jemaah akan melanjutkan perjalanan ke Kudus dan menziarah Makam Sunan Kudus. Seterusnya ke Makam Sunan Muria di desa Colo Kudus. Dan terakhir pada hari ini ke desa Kadilangu Demak untuk menziarah Makam Sunan Kalijaga. Perjalanan diteruskan ke Pekalongan untuk menginap di kota Pekalongan.
Hari Ke-Empat (Cirebon )
Pagi setelah sarapan, Jemaah akan meneruskan perjalanan ke Cirebon untuk menziarahi Makan Sunan Gunung Jati. Selesai ziarah, Jemaah akan bergerak menuju ke Kota semarang, Jemaah akan dibawa ke hotel untuk menginap.
Hari Ke-lima (semarang)
Pagi setelah sarapan & chek out, Jemaah akan melanjutkan perjalanan ke Jakarta dan terus menuju ke Pasar Pagi Mangga Dua untuk membeli belah. Setelah Makan Tengahari, Jemaah akan dibawa ke Masjid Istiqlal untuk sembahyang Zohor. Petangnya akan dihantar menuju ke Bandara Internasional semarang untuk meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.