09/01/2021
*PELBAGAIKAN CARA MENIKMATI BUAH KURMA*
🌺Kalau ada yang tak berapa minat dengan rasa buah kurma, kombinasikan kurma dengan beberapa buah-buahan yang anda s**a seperti pisang. Kemudian, kisarkan bersama ais dan campurkan sedikit susu. Wah. sedapnya ‘smoothie’ kurma! Ia juga sedap kalau ditambah pada bijirin sarapan seperti oat. Banyak lagi cara anda boleh gunakan kurma dalam masakan mahupun pencuci mulut.
🌺Yang pastinya, buah kurma patut dijadikan amalan dan bukanlah sekadar diambil sewaktu bulan puasa sahaja. Segala khasiat yang terkandung dalamnya menjadikan buah ini turut sesuai dimakan oleh semua peringkat umur, daripada bayi sehinggalah yang lanjut usianya.