29/09/2024
28 September 2024
Sukarelawan World Cleanup Day Anjuran JPP Kolej Komuniti Kuala Langat (Official) 2024 kerjasama SWCorp Malaysia ๐ฎ๐ฎ๐ฎ
Syabas dan tahniah diucapkan kepada peserta sukarelawan KKKL menyahut cabaran melaksanakan pembersihan dan mengutip sampah serta sisa bahan buangan di sekitar Tasik Taman Banting Baru, Banting Selangor yang terdiri daripada pelajar dan juga kakitangan KKKL.
Program ini dianjurkan oleh Exco Sukarelawan, Perpaduan dan Khidmat Sosial JPP KKKL, saudara Ahmad Iskandar bin Rozali dengan kerjasama SWCORP Malaysia sempena sambutan World Cleanup Day 2024 pada 28 September 2024 semalam.
Hasil sisa bahan buangan yang diperolehi terdiri daripada bekas plastik makanan, botol plastik, botol kaca dan kertas telah berjaya dikumpulkan. Hasil pungutan sampah seperti berikut:
20 unit plastik rigid
11 botol kaca
18 cm kertas boleh kitar semula
18 cm kotak/kadbod
Sambutan World Cleanup Day ini melibatkan aktiviti pembersihan kawasan secara serentak dengan penyertaan yang disasarkan sebanyak 5% daripada populasi dunia, iaitu bersamaan dengan 380 juta orang.