Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan

Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan We do research and consultancy on health behaviour areas. Also health promotion capacity building.

05/06/2026
π— π—˜π—‘π—π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š π—Ÿπ—˜π—šπ—”π—¦π—œ, π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—œπ—₯ π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ : π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔π—₯𝗔 𝗗π—₯. π— π—”π—‘π—œπ— π—”π—₯𝗔𝗑 π—žπ—₯π—œπ—¦π—›π—‘π—”π—‘ Hari ini menandakan berakhirnya satu perja...
05/06/2026

π— π—˜π—‘π—π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—š π—Ÿπ—˜π—šπ—”π—¦π—œ, π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—žπ—œπ—₯ π—œπ—‘π—¦π—£π—œπ—₯π—”π—¦π—œ : π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔π—₯𝗔 𝗗π—₯. π— π—”π—‘π—œπ— π—”π—₯𝗔𝗑 π—žπ—₯π—œπ—¦π—›π—‘π—”π—‘

Hari ini menandakan berakhirnya satu perjalanan penuh dedikasi dan warna apabila Dr. Manimaran Krishnan melabuhkan tirai 35 tahun khidmat cemerlang dalam perkhidmatan awam. Bagi seluruh warga IPTK perpisahan ini pastinya dirasai dengan penuh emosi dan rasa kehilangan, setelah beliau mencurahkan sepenuh jiwa dan raga sepanjang lapan tahun menerajui IPTK.

Majlis serah nota tugas telah berlangsung pada pagi ini dan disaksikan oleh Pengurus NIH, YBrs. Dr. Hjh. Fazliana binti Mansor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Prof. Emeritus Dr. Baharudin bin Omar bersama-sama warga kerja IPTK bagi merakamkan penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau.

Pada sebelah petang, sesi β€œclock out” diadakan sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan beliau. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengurus NIH, Puan Dayang Siti Noor Jehan bt. Awang Mohd. Saufi; Pendaftar NIH, Dr. Ami Fazlin bt. Syed Mohamed; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr. Noor Ani bt. Ahmad; Pengarah Institut Kesihatan Umum (IKU), Dr. Muhammad Fadhli bin Mohd. Yusoff; Pengarah Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR), Dr. Carren Teh Sui Lin; Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Dr. Noraziani bt. Khamis; Pengarah Institut Pengurusan Kesihatan (IHM) serta beberapa pegawai kanan dari Pejabat Pengurus dan Pejabat Pendaftar NIH.

Sepanjang tempoh kepimpinan beliau pelbagai pencapaian, pembaharuan dan kecemerlangan telah berjaya dilakar samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, sekali gus meninggalkan legasi yang akan menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya. Walaupun beliau melangkah pergi meninggalkan IPTK, nilai kepimpinan, kebijaksanaan dan semangat yang disemai pasti akan terus mekar bagai api yang membara.

Sesungguhnya seorang pemimpin yang hebat tidak diukur melalui tempoh perkhidmatannya, tetapi melalui kesan yang ditinggalkannya dalam hati dan kehidupan mereka yang pernah dipimpinnya.

Terima kasih Dr. Manimaran Krishnan.

01/06/2026
24/05/2026

Malaysia bangkit memimpin di pentas global dengan meletakkan sains tingkah laku sebagai antara strategi utama sistem penjagaan kesihatan.

Usaha berterusan IPTK dalam memartabatkan pendekatan sains tingkah laku dalam kesihatan tidak hanya di peringkat nasiona...
21/05/2026

Usaha berterusan IPTK dalam memartabatkan pendekatan sains tingkah laku dalam kesihatan tidak hanya di peringkat nasional.

Pada 20 Mei 2026, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Permanent Mission of Malaysia to the United Nations in Geneva telah menganjurkan Acara Sampingan Sains Tingkah Laku di Sela-Sela Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 di Geneva Switzerland.

Acara ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Seterusnya acara ini disusuli dengan ucapan oleh Dr. Kidong Park, Pengarah Pengurusan Program dari WHO Regional Office for the Western Pacific (WPRO). Dr. Etienne Krugg, Pengarah Health Determinants, Promotion and Prevention dari Ibu Pejabat WHO. Beliau seterusnya melancarkan dokumen Rangka Kerja Global Dalam Mengarusperdana Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan.

Satu sesi perbincangan panel telah diadakan sejurus itu dengan melibatkan Malaysia, Sweden, Mali serta pihak Ibu Pejabat WHO. Malaysia telah berkongsi mengenai pembangunan National Blueprint for Behavioural Insights in Health yang disampaikan oleh Dr. Saiful Adli bin Suhaimi, Ketua Unit Behavioural Insights IPTK.

Acara ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengarah IPTK, Dr. Manimaran Krishnan yang berkongsi mengenai kepentingan setiap negara untuk bersama-sama bersatu dalam usaha mengukuhkan pendekatan sains tingkah laku berdasarkan pengalaman dan kajian kes yang dibentangkan setiap negara terlibat.

Penganjuran acara ini telah menarik penyertaan hampir 100 peserta daripada pelbagai negara, pertubuhan bukan kerajaan serta ahli akademik.

Malaysia komited untuk memainkan peranan di peringkat global dalam usaha mengarusperdana pendekatan sains tingkah laku d...
21/05/2026

Malaysia komited untuk memainkan peranan di peringkat global dalam usaha mengarusperdana pendekatan sains tingkah laku dalam kesihatan. National Blueprint for Behavioural Insights in Health lebih dari sebuah dokumen. Tetapi menetapkan hala tuju strategik bidang keutamaan sains tingkah laku.

Malaysia telah menganjurkan acara sampingan sains tingkah laku di sela sela Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke 79 di Genev...
20/05/2026

Malaysia telah menganjurkan acara sampingan sains tingkah laku di sela sela Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke 79 di Geneva pada pagi ini, 20 Mei 2026. IPTK telah diketuai oleh Pengarah, Dr. Manimaran Krishnan dan Ketua Unit Behavioural Insights Dr. Saiful Adli bin Suhaimi yang juga Sekretariat Acara Sampingan ini.

Terima kasih Malaysia Productivity Corporation (MPC)
19/05/2026

Terima kasih Malaysia Productivity Corporation (MPC)

14/05/2026

✨ PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN IKU di 1st National Conference on Behavioural Sciences in Health 2026 ✨

Pada 6–7 Mei 2026, telah berlangsung 1st National Conference on Behavioural Sciences in Health 2026 bertempat di Institut Kesihatan Negara (NIH), yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia. Persidangan julung kali ini membawa tema signifikan, β€œMainstreaming Behavioural Sciences for Better Health”, dalam memperkukuh integrasi sains tingkah laku ke arah hasil kesihatan yang lebih baik.

Institut Kesihatan Umum (IKU) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para pegawai yang telah mengharumkan nama institut melalui pembentangan hasil penyelidikan berkualiti tinggi sehingga berjaya dinobatkan sebagai pemenang di persidangan berprestij ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pemenang:

1. DR CHAN YING YING (Tempat Pertama Pembentangan Poster)
2. PUAN WAN SARIFAH AININ BINTI WAN JUSOH (Saguhati Pembentangan Poster)
3. DR S MARIA BT AWALUDDIN (Saguhati Pembentangan Poster)

Excellence through evidence. Impact through research.




Address

Bangsar

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60333627600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan:

Share