07/08/2025
Andalusia Cipta Sejarah Raih Dua Pengiktirafan Antarabangsa di Singapura
dari petikan media Ceritera: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd mencipta satu lagi detik bersejarah apabila meraih dua anugerah antarabangsa berprestij sempena The BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition BestBrands Awards 2025, yang berlangsung di Singapura.
Syarikat pengendali haji dan umrah itu membawa pulang anugerah The BrandLaureate 20th Anniversary Special Limited Edition BestBrand Award 2025, Excellence in International Umrah Travel & Tour dan The Brand Leadership Award 2025 โ Industry Icon.
Andalusia menerusi kenyataan memaklumkan, anugerah berprestij itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam memberikan perkhidmatan terbaik industri umrah dan pelancongan muslim, setelah berjaya menyantuni hampir sejuta jemaah sepanjang 23 tahun beroperasi.
Katanya, pengiktirafan BestBrand Award membuktikan kedudukan Andalusia sebagai peneraju dalam sektor pelancongan Islam serantau, manakala Brand Leadership Award mengiktiraf kepimpinan strategik Pengarah dan Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris, yang telah berjaya mengangkat jenama syarikat itu ke peringkat antarabangsa.
Menurut Puan Ida Riswana, pencapaian ini adalah bukti bahawa jenama tempatan juga mampu mengangkat nilai Islam dan nama negara ke peringkat antarabangsa, apabila dipimpin dengan niat, nilai dan visi yang jelas.
Anugerah ini adalah milik seluruh warga Andalusia, rakan kerjasama, dan jemaah yang sentiasa bersama dalam perjalanan ini.
Andalusia kekal komited untuk memperluas legasi dalam membantu lebih ramai umat Islam menjejak Tanah Suci dengan selamat, berilmu dan berkat.
Sumber: https://ceritera.com.my/andalusia-cipta-sejarah-raih-dua.../