DAPUR KAYU Online

DAPUR KAYU Online Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DAPUR KAYU Online, Bandar Puncak Alam.

https://youtu.be/FSWKdzsnM5o
18/07/2020

https://youtu.be/FSWKdzsnM5o

Ajar Puteri berniaga.... PM ramai-ramai ye agar Puteri dapat up sikit untuk ceburi perniagaan ONLINE ni... 👍 Mini Blender 👍 Stainless Stell 👍 Tahan lama 👍 Mu...

Hari ni baru Declare / Tumpang Dapur Mak Datin untuk bagi tau kawan2 di samping menyediakan resepi dan juadah berasaskan...
07/06/2020

Hari ni baru Declare / Tumpang Dapur Mak Datin untuk bagi tau kawan2 di samping menyediakan resepi dan juadah berasaskan Selera traditional, Dapur Kayu juga ada menjual Durian bila tiba musimnya. MUSANG KING TANAH TINGGI yang kering manis serta tak berpeluh dalam kelopaknya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
HARUS UCAP TQVM BOSSKU.
Selepas tinggalkan perkhidmatan kerajaan (pilihan) seronok cari kawan2 baru.
Berniaga MUSANG KING dan durian terpilih.
Antara Port pelanggan utama kami :
Sg Buluh, Goh Tong Jaya, PJ, Shah Alam, Seri Rampai dan Putrajaya.
Sejarah tahun lepas BEKALKAN SATU HILUX MUSANG KEPADA ANGKASA sempena Persidangan Tahunan di PWTC.
Dan 2020 PALING Sejarah juga kiranya 'rare'... sebab buka2 je musim MUSANG KING kali ini, terima order berturut2 yang punya Selera dan Citarasa yang juga RARE.
👉 3 JUN Dato' Alias nak juga makan MUSANG terkejut datang Seleranya. Call aku atas kerana kawan hantar juga. Rupanya bertuah Dato'Alias ni... Nextnya...
👉 4 JUN lagi lah RAREnya. Tut... tut.... BOSSKU nak makan MUSANG KING GRED A. Aku hantar ke PJ. ( Taulah kan kat mana, BOSSKU tinggal). Sejarah berdurian, Dulu satu masa pernah jadi juak2 masa muda2. Dah tua ni tak sangka p**a berkawan dan ORDER Musang dari Saya. Nah Semua berselera je makan MUSANG. TQ. BOSSKU sudi beli. Kalau nak buat majlis tu order lah lagi ye. Mana tau BOSS KU nak jamu pengikut2 ke... apa ke...
👉 5 JUN juga rare punya Selera. Nak Musang paling besar dan cantik. Maka aku ada kan 3 biji 8 kg. Ini mmg kira Saiz 'super'lah ni
📣📣📣 VIDEO ni Isi MUSANG A yang BOSSKU MAKAN semalam. Buah dari dari dusun Tanah Tinggi, Bentong.

📣📣📣 Kepada kawan2 seluruh negara kalau. Kalau ada rasa nak try MUSANG KING TANAH TINGGI boleh hubungi untuk kita aturkan. Sekali rasa selamanya terasa (ingat).

MARI KENALI  MUSANG KING.~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Promote MK Gred B yg di video kan ni hanya 1.1 Kg. Baru sekitar RM40👉 KENAL...
07/06/2020

MARI KENALI MUSANG KING.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Promote MK Gred B yg di video kan ni hanya 1.1 Kg. Baru sekitar RM40
👉 KENALI BUAH
Kami penjual akan gredkan buah kepada 3 gred :
☑️ Gred A - Bulat besar, semua pangsa ada Isi dan purata berat 1.5 kg ke atas.
☑️ Gred B - Buah baik cuma agak kecil biasanya tidak semua pangsa ada ulas, satu pangsa mesti kosong / kurang ulasnya. Purata berat di bawah 1.5 kg.
☑️ Gred C - Buah reject yang biasanya buah Rosak, pecah betul / buah ketot dan hanya satu pangsa atau paling banyak 2 pangsa yg ada ulasnya. Kalau kira berat lazimnya buah ketot ni di bawah sekilo.
👉 RASA - Semua MK RASANYA hampir sama shj secara umumnya iaitu : MANIS, SERAT YG HALUS LEMBUT & MELEKIT, KADAR MANIS YG AGAK TINGGI serta BAU /AROMA YANG SEDERHANA.
👉 KEISTIMEWAAN MK - ISI YANG PASTINYA TEBAL DAN PENUH, WARNA KUNING KEEMASAN - ini disebabkan hampir setiap ulas MK sangat jarang kita temui biji yang besar. Biasanya MK punya biji yang kemek / kepit. ( Sbb itu MK Yang baik tidak ada baka dari semaian biji ).
👉 HARGA MK / KEPUASAN
😍 GRED A - HARGA YANG TINGGI BERMULA DARI RM55/ kg membawa hingga ke RM100 sekilo mengikut musim dan lokasi. Biasanya orang yang beli buah A ni hanya nak lihat buah yang CANTIK, NAMPAK SEDAP dan BERGAYA sebagai "kaki makan durian". Buah A ni sedap di mata, perit di DADA 😂😂😂 sebab masa membayar akan tarik duit ratus2 bagi setiap biji. KIRA ADA KELAS TERSEDIRILAH kononnya. ( Kami guraukan Buah A ni "PAHIT" Sikit bagi sesetengah orang ).
😍 GRED B - HARGA YANG SEDERHANA dan KENA DENGAN NAMANYA "MK". Biasanya harga MK Gred B sebawah paras RM55 sehingga ada kalanya hanya RM 30 sekilo juga mengikut musim dan lokasi. Buah B ni sedap pada rasa sedap juga pada harga, masa membayar tak rasa pahit di DADA. Sesuai untuk ajak makan bersama keluarga untuk nak rasa2 sesekali sekala.
😎 GRED C - Nama pun BUAH REJECT tak jamin lah walau pun harganya MURAH tapi tak jugalah MURAH kan kalau dah buahnya tak pasti elok ke tak kan..
Kesimp**annya :
1. MUSANG KING memang durian terbaik buat masa ini.
2. Harga yang berpatutan dengan kos pengurusan kadang untuk mendapatakan KUALITI buah yang sedemikian.
3. MUSANG KING yang terbaik datangnya dari kawasan Tanah Tinggi sebab buahnya agak kering dan TIDAK MUDAH BERPELUH atau BERAIR dalam pangsanya berbanding dengan MK tempat2s lain.
4. Nak Rasa MUSANG KING terbaik KUALITI EKSPORT datang lah ke Bentong, kita akan bagi harga saudara mara kalau pun tak dapat FREE saja. Al maklumklah kalau BAGI FREE 4 biji nanti dah pasti cecah setengah ribu kan.... Tapi itu semua bisa di atur d**g....

👉👉👉👉 Hari ni sediakan MK GRED B buat kawan2 yang sanggup drop by OTW Bertugas di Kuantan musim PKPB ni... Lihatlah KEENAKAN MUSANG KING ni.
Soooo.. Apa lagi. Kalau ada hajat untuk makan Musang King, bagitau je. Hari ni bagitau esok akan sampai ke depan pintu rumah anda..
Noted :
Buah yang ni agak lain sikit dari yang biasa. Penggunaan kadar baja kimia yang sangat minima sebab itu MK yg Saya bg makan kawan hari ni akan ada juga di akan tupai. Tapi rasanya ada sedikit iras2 DURIAN TEMBAGA durian No 1 di KAMPUNG masa kita kecik2 dulu. Tambah 5 marah BONUS mengatasi MK biasa.

04/05/2020

Kisah bermula :
☑️ Teringin Nak makan MEE KARI buka puasa.
☑️ Togeh tak ada, nak gi beli TAKUT...
☑️ Di dapur ada Kacang hijau lebih buat bubur
☑️ Tengok Cikgu YouTube...
☑️ Di Depan ada p**ak bekas semaian... Aku rasa boleh guna.
Akhirnya aku tunda nak makan mee kari hingga togeh aku hidup dulu.

"Nasib ada PKP,, pandai tanam togeh sendiri. MUDAH SANGAT SEMUDAH A, B, C sahaja.

Catatan Mr. Hubby...

SAMBAL HITAM  [ Siri 3 ] =============( Sambal Hitam Ikan Bilis ) Istilah Saintifik :☑️ Ikan bilis  @ Anchovies ☑️ Belim...
01/05/2020

SAMBAL HITAM [ Siri 3 ]
=============
( Sambal Hitam Ikan Bilis )
Istilah Saintifik :
☑️ Ikan bilis @ Anchovies
☑️ Belimbing buluh @ ( Averrhoa bilimbi )
☑️ Istilah Komersial @ Averrhoa Bilimbi Anchovies Paste
✔️ Nama Produk : SAMBAL HITAM LEPIH
* Pedas Berapi
* Lemak Pedas
FOTO 1 😍

👉 KELUARGA KEMBANGAN.
▪️ Bah besar 1926 merupakan musibah pada ketika itu. Banyak harta benda musnah dan memaksa anak-anak buah Tok Mukim Mat berpindah mencari penghidupan baru. Salah seorang daripadanya ialah Pendekar Lembek. Pendekar Lembik telah mendarat sedikit dari Kampung Batu Nering menyeberangi Pekan Padang Tengku dan menetap tinggal di Kampung Kechau. Di sana beliau membuka gelanggang silat yang agak besar dan ramai lah anak2 murid nya yang antaranya anak murid Pendekar Lembik yang paling handal ialah Pendekar Wahab. Turut berguru dengan Pendekar Lembik ialah Tok Imam Wahab ( Arwah Pak Andak Wahab.)
FOTO 2 😍
Gambar hiasan : Ini Jelai Street bangunan yang sama sedangkan Banjir 1971 pun sudah begini, ini kan p**a Bah Merah / banjir besar 1926.

▪️Moyang Mamat @ Tok Mukim Mat meninggal di Kg. Batu Nering dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Kumbuh tepi Sungai Jelai. Disitulah tanah perkuburan rumpun keluarga kami sehingga ke hari ini.

👉 KELUARGA TUKANG MASAK.
▪️ Menjadi kelaziman rumah keluarga kami buat kenduri sebab menjamu saudara mara serta anak buah. Kebiasaan ini terturun kepada kami rumpun keluarga yang s**a buat makan untuk berjamu dengan sanak saudara sambil ada kan doa selamat. Ekoran ini maka keluarga kami memang boleh di katakan semuanya memang pandai memasak tak kira lelaki atau perempuan, baik ikut nasab ayah mahu pun ikut nasab emak. ( Mereka kebanyakannya kahwin saudara sahaja - Saling silang menyilang )
Oleh itu tidak hairanlah emak saya memang pakar masak memasak resepi kampungan begitu juga dengan ayahku, seorang tukang masak kampung untuk majlis kenduri kahwin dan lain2 keramaian @ masak kawah istilahnya. Menyedari akan keistimewaan ini bakal pupus jika tidak di pelajari makan kami adik beradik pakat2 belajar ikut2 ayah memasak dan hari ini sedikit sebanyak terturun juga lah ilmu memasak itu kepada kami adik beradik.
▪️Sambal Hitam merupakan 'favourite' hampir semua orang Jelai disebabkan itulah boleh di katakan semua orang Jelai dari hulu hingga kehilir pandai dan pakar memasak SAMBAL HITAM. Di samping keenakannya, di tambah pun untuk memanjangkan warisan rumpun Jelai makan kami buat keputusan meng 'kormersial' kan SAMBAL HITAM ini sejak 5 Tahun yang lalu secara sederhana. Hari ini, tah macam mana anak perempuan sulung kami yang tinggal di Puncak Alam p**a sangat berminat untuk memulakan BAZAR ONLINE bagi memenuhi permintaan kawan2 pejabat dan jiran2nya. Tambahan p**a Aidil Fitri 1441 ini kita semua kena berdikari tidak beraya dalam keluarga besar, maka lagi lah resepi istimewa begini diperlukan untuk juadah kenangan beraya di kampung. Maka berkembangkan perniagaan asal kami atas sifat PEMBEKAL PRODUK KAMPUNG menjadi Page Resepi Tradisiv Pagang dengan nama "Dapur Kayu".

👉 Page DAPUR KAYU merupakan anak perniagaan keluarga kami berteraskan resepi masakan dan produk kampung ORIGINAL PAHANG khasnya Lipis milik anak perempuan sulung yang akan berusaha mengembangkan perniagaan bagi kawasan Shah Alam, Sungai Buluh dan Puncak Alam secara capaian maya atau ONLINE BAZAR yang dapat di hubungi melalui media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp di www.wasap.my/601110538338/ONLINEBAZAR

👉 ONLINE BAZAR " Dapur Kayu " menawarkan produk kampung dan menu resepi asli Pahang khasnya sebelah Jelai sana @ LIPIS, antaranya :
▪️ Sambal Hitam Lepih dengan 2 rasa :
☑️ Pedas Berapi ( bagi orang yang kuat Pedas )
☑️ Lemak Pedas ( Bagi kepedasan biasa )
▪️ Belimbing rebus ( Boleh di simpan bertahun lamanya )
▪️ Pes / Perencah ' Pais Ikan '
▪️ Asam Tempoyak 100% Isi durian
▪️ Gula Kabung Original Kg Peruang ( Bengkel mak saudara - Bersiaran dalam NONA TkV 3 )
FOTO 7 😍 Mak Anjang Ana - Kg. Peruang
▪️ Manisan Kabung
▪️ Biji Kabung siap Proses
▪️ Madu Kelulut @ Stingless bees
botol yang belum dilabelkan - Di usahakan sendiri oleh sepupu di Lipis dengan bantuan RISDA dan Dapur Kayu dilantik sebagai pengedarnya.
▪️ Ikan Patin Sangkar Sg. Jelai
Di usahakan oleh anak Saudara Mak - Amerul Mazlan @ Lencong yang juga pemain Sepak Takraw Pahang.
▪️ Lain-lain produk kampung dari semasa ke semasa mengikut bekalan dan tempahan pelanggan.
FOTO 8 dan 9 😍

Kesimp**annya, Dapur Kayu menjual produk selain daripada dibuat sendiri oleh keluarga, semua produk ini merupakan produk yang diusahakan oleh ahli keluarga kami. Ini menjamin setiap tempahan akan InshaAllah pasti dapat kami penuhi.

*** Detail produk akan di bincang dalam catatan Sambal Hitam Siri 4.
💝 Terima Kasih kerana ikuti page Dapur Kayu.
.. Page Dapur Kayu.
Admin

SAMBAL HITAM  [  Siri  2 ] =============( Sambal Hitam Ikan Bilis ) Istilah Saintifik :☑️ Ikan bilis  @ Anchovies ☑️ Bel...
01/05/2020

SAMBAL HITAM [ Siri 2 ]
=============
( Sambal Hitam Ikan Bilis )
Istilah Saintifik :
☑️ Ikan bilis @ Anchovies
☑️ Belimbing buluh @ ( Averrhoa bilimbi )
☑️ Istilah Komersial @ Averrhoa Bilimbi Anchovies Paste
✔️ Nama Produk : SAMBAL HITAM LEPIH
* Pedas Berapi
* Lemak Pedas

👉 RESEPI ASAL & SEJARAH SALASILAH KELUARGA
▪️ Di pelajari dari resepi asal air tangan 'Mak' @ Hajjah Maznah di Kampung Batu Nering, Padang Tengku.
▪️ Menurut cerita, keluarga kami berasal dari kelompok petempatan tradisi di Kg. Tg. Pisang, Pasir Mas, Lipis. Sebuah perkampungan tradisi tebing Sungai Jelai kira-kira 4 batu mudik ke hulu Bandar Lipis.
▪️ Di buka oleh Ayahanda Moyang Ibrahim iaitu Muek Ngah @ Tok Ngah seawal tahun 1800 lagi - dianggarkan sekitar 1815 ( melarikan diri dari keluarga - perselisihan faham dalam keluarga yang berasal dari Anak Bukit Alor Setar Kedah ) Tok Ngah ini merupakan Moyang kepada Tok saya yang bernama Tok Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Teh. Selepas sekian lama membuka kampung di Tanjung Pisang, Muek saya iaitu anak Muek Ibrahim iaitu Aki Mamat di angkat menjadi Tok Mukim menjaga kawasan sekitar dari Kuala Ketil hingga ke hulu Pasir Mas. Juga dikenali sebagai Tok Mukim Mat seorang pemimpin setempat pada ketika itu. Tinggal di Kg. Tg. Pisang yang bersebelahan dengan Kg. Pasir Mas tempat pengajian agama agak besar ketika itu yang di alimi oleh Tuan Guru Hj. Ismail @ Aki Haji Semail ( ayah kepada Pak Long Omar ).
▪️ Tok Mukim Mat menaungi anak2 buahnya sedari Kuala Ketil hingga ke Pasir Mas. Sudah menjadi kebiasaan orang dulu2 setiap penempatan akan ada seorang pahlawan untuk menjaga kampung. Bagi Tok Brahim, anak buahnya sendiri di angkat menjadi pengawal kampung yang lebih dikenali dengan nama Pendekar Lembik. Pendekar Lembik lah yang terus menjadi orang kanan Tok Mukim Mat Tg. Pisang.

👉 PENGHIJHRAN KELUARGA.
▪️ Petambahan penduduk merupakan salah satu faktor membuka atau membesarkan kampung. Keluarga rumpun Tok Mukim Mat mudik ke hulu lagi membuka kampung2 tradisi di Kuala Yong, Tanjung Bentong dan akhirnya berkampung p**a di Batu Luar. Tinggal lah keluarga kecil Aki Johari di Kuala Ketil yang tidak mengikut Tok Mukim Mat berpindah ke Batu Luar awal 1900 dahulu. Semasa zaman komunis seawal 1920an, Tok Mukim Mat membawa hampir semua anak buahnya berkampung di Batu Luar. Tak lama selepas itu, zaman komunis sudah mula. Tok Mukim Mat membawa p**a anak2 buahnya membuka perkampungan baru sebagai perkampung kedua bagi menyelamatkan keluarga dari keganasan komunis. Pada masa inilah peranan Pendekar Lembik mengetuai pas**an pengawas keselamatan kampung bersama anak2 buahnya antaranya Ali Muhammad pendek iaitu ayah emak saya, Aki Salleh adik Ipar Tok Saya, Aki Dengkung juga ipar Tok saya dan Aki Aman.
▪️Tok Mukim Mat memutuskan berpindah ke seberang Batu Laur ke arah hulu sedikit dan membuka sebuah kampung baru iaitu KAMPUNG BATU NERING berasaskan nama pokok dijadikan pengkalan perahu dipangkal Pokok Nering yang cond**g ke sungai dan tumbuh di atas seketul batu besar. Dari kisah inilah dinamakan Kampung tersebut sebagai Kampung Batu Nering tempat kelahiran saya.
▪️ Pokok Nering ( macam pokok petai ) itu telah tumbang di bawa arus bah besar 1926 yang lalu. Yang tinggal di atas batu itu ialah Pokok Nerang di sebelah pokok Nering ini dan pokok Nerang ini masih ada sehingga ke hari ini di Kampung Batu Nering.
.. Page Dapur Kayu
Admin.

👇 SAMBAL HITAM LEPIH ni sudah 4 tahun berada dalam pasaran Pantai Timur terutama secara Online. Kini mencuba nasib p**a meluuaskan pasaran ke Pantai Barat p**a. Semoga produk kami ini dapat di terima oleh penggemar sambal Pedas di sini p**a.

30/04/2020

SAMBAL HITAM [ Siri 1 ]
=============
( Sambal Hitam Ikan Bilis )
Istilah Saintifik :
☑️ Ikan bilis @ Anchovies
☑️ Belimbing buluh @ ( Averrhoa bilimbi )
☑️ Istilah Komersial @ Averrhoa Bilimbi Anchovies Paste
✔️ Nama Produk : SAMBAL HITAM LEPIH
* Pedas Berapi
* Lemak Pedas

👉 SEJARAH SAMBAL HITAM

▪️Sambal Hitam Pahang merupakan RESEPI ASLI Negeri Pahang Darul Makmur.
▪️Sangat terkenal dan dis**ai kebanyakan rakyat terutama di kawasan Pahang Barat iaitu Merujuk Daerah Lipis, Jerantut dan Raub.
▪️Menurut cerita dari mulut ke mulut, SAMBAL HITAM ( Sebutan local SAMBE' ITAN' berasal dari Mukim Budu terutama di sebelah Pedalaman Kg Perang - Kawasan utama pengeluaran GULA KABUNG )
▪️Menurut cerita inilah antara cara Orang Melayu setempat menyediakan juadah yang boleh tahan berbulan-bulan lama untuk dijadikan pemecah selera. ( Cara tradisi membuat awetan ialah menggunakan Asam Belimbing )
▪️Pembuka Selera memadai di makan dengan nasi panas bersama ikan kering atau ikan pekasam goreng.
▪️Jika dikaitkan dengan sejarah Kepahlawanan Pahang, sambal hitam dan juadah-juadah ringkas sebegini merupakan makanan istimewa dan 'sudah memadai' bagi para pendekar Pahang bersama anak buahnya di kampung.
▪️Walau berwajah HITAM PEKAT, tapi sambal hitam ini sangat SEDAP dan boleh di makan bukan sahaja bersama nasi panas tadi di waktu tengah hari ( terutamanya ), juga bolah di makan sebagai 'sambal colek' bersama ubi kayu rebus, lempeng, cekodok atau juga dijadikan perencah nasi goreng dan lain-lain ( Pes ).
▪️Keistimewaan SAMBAL HITAM ini merupakan menu kegemaran menyeluruh dari kampung pedalaman hingga ke hotel - hotel berbintang 5 serta istana Diraja.

👉 Nama Produk : "SAMBAL HITAM" Diraja mengambil sempena betapa ISTIMEWANYA Resepi Sambal Hitam Asli ini sehingga turut menjadi kegemaran keluarga Diraja Pahang yang juga membuktikan hubungan rapat Golongan Bangsawan Pahang dengan rakyat jelata.
... Page Dapur Kayu
Admin.

Address

Bandar Puncak Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAPUR KAYU Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share