30/05/2026
🌟 Tahniah Lembaga Tabung Haji! 🌟
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Lembaga Tabung Haji atas kejayaan merangkul **Diamond Award Anugerah Labaytum 2026** daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pengiktirafan berprestij ini membuktikan kecemerlangan Malaysia dalam pengurusan dan perkhidmatan haji bertaraf dunia, sekali gus mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Lebih membanggakan, ini merupakan kemenangan Diamond Award bagi **dua tahun berturut-turut** dan pencapaian kelima sejak Anugerah Labaytum diperkenalkan.
Sebagai salah satu Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang berdaftar dan bernaung di bawah Tabung Haji, Gemilang Travel & Tours berasa amat berbangga menjadi sebahagian daripada ekosistem pengurusan haji Malaysia yang sentiasa mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keselesaan Dhuyufurrahman.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para tetamu Allah serta mengekalkan kecemerlangan pengurusan haji Malaysia pada masa akan datang.
🤲 Tahniah sekali lagi kepada seluruh warga Tabung Haji, petugas haji, rakan strategik dan para jemaah yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini.
🕋✨
Tabung Haji Rangkul Anugerah Labaytum Diamond Award bagi Musim Haji 1447H/2026M
Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila merangkul anugerah tertinggi Diamond Award menerusi Anugerah Labaytum 2026 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pencapaian ini menjadikan TH penerima Diamond Award bagi dua tahun berturut-turut serta kemenangan kelima TH dalam sejarah Anugerah Labaytum sejak 2023.
Pengiktirafan tertinggi ini mencerminkan kecemerlangan berterusan TH dalam mengurus dan menyampaikan perkhidmatan haji bertaraf dunia kepada para Dhuyufurrahman.
TH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para jemaah haji Malaysia atas kepercayaan yang diberikan, para pendeposit atas sokongan yang berterusan serta rakan-rakan strategik atas kerjasama dan komitmen yang telah menyumbang kepada pencapaian bersejarah ini.
Pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin kepada TH untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan mengekalkan kecemerlangan pengurusan haji Malaysia, kerana Perjalanan Teragung Anda, Amanah Kami.