El Ghazi Haramain - Pengurusan Badal Haji Terbaik Malaysia

El Ghazi Haramain - Pengurusan Badal Haji Terbaik Malaysia Badal Haji & Badal Umrah
Perkhidmatan Haramain
Wakaf Telaga

SSM : EL GHAZI HARAMAIN SDN.BHD 202401023304 (1569153-T)

Pengurusan yang berpengalaman sejak 2006.

1569153-T

🚨 *PANGGILAN AKHIR PENDAFTARAN BADAL HAJI 2026 / 1447H* 🚨Assalamualaikum.Pendaftaran *Badal Haji* kini di *penghujungnya...
09/04/2026

🚨 *PANGGILAN AKHIR PENDAFTARAN BADAL HAJI 2026 / 1447H* 🚨

Assalamualaikum.

Pendaftaran *Badal Haji* kini di *penghujungnya*!

📌 *Slot TERHAD & hampir penuh!*

Bagi anda yang ingin:
✅ Daftar badal haji untuk ibu bapa / ahli keluarga yang telah meninggal dunia
✅ Menunaikan badal haji bagi mereka yang uzur & tidak mampu
✅ Menyempurnakan tanggungjawab agama

⏳ *INILAH MASA TERAKHIR ANDA!*

Jangan tunggu hingga slot ditutup sepenuhnya.

💼 Pengurusan amanah, berpengalaman & mengikut syariat.

Jaminan Pelaksanaan 100% ✅️

🔥 *DAFTAR SEKARANG sebelum TERLEPAS peluang!* 🔥

📲 Klik link / WhatsApp sekarang:
👉 http://www.wasap.my/601116405200/Daftar+Badal+Haji

⚠️ *First come, first served!*

Slot bila-bila masa boleh ditutup tanpa notis.

Sebarkan kepada yang memerlukan ❤️

20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri✨🌙

Di kesempatan yang mulia ini, kami dari El Ghazi Haramain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, dan kehadiran Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta ketenangan buat kita semua.

Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Raikan hari kemenangan ini bersama insan tersayang dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan ❤️

Terima kasih atas kepercayaan anda bersama kami dalam urusan ibadah Badal Haji. Semoga setiap langkah kita diberkati.

🌟 Selamat Hari Raya Aidilfitri! 🌟

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙Pada malam yang penuh keberkatan ini, kita memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, saat tur...
06/03/2026

🌙 Salam Nuzul Al-Quran 🌙

Pada malam yang penuh keberkatan ini, kita memperingati peristiwa agung Nuzul Al-Quran, saat turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia.

Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Semoga malam Nuzul Al-Quran ini menjadi peringatan untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran serta memperbanyakkan amal ibadah.

✨ Marilah kita sama-sama mengambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan:
📖 Membaca dan mentadabbur Al-Quran
🤲 Memperbanyakkan doa dan istighfar
❤️ Melakukan kebaikan dan membantu sesama

Semoga Allah SWT mengurniakan kita hati yang sentiasa dekat dengan Al-Quran dan menerima segala amal ibadah kita.

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenan...
18/02/2026

🌙 Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H 🌙

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua.

Di bulan yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan ibadah, doa dan amal jariah. Semoga setiap amalan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

Bagi yang berhasrat untuk melaksanakan badal haji untuk insan tersayang, semoga niat yang baik ini dipermudahkan dan diberkati 🤲

Selamat menyambut Ramadan, semoga Ramadan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya.

Salam Israk Mikraj 1447H🕋Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang memperlihatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masji...
16/01/2026

Salam Israk Mikraj 1447H🕋

Israk Mikraj adalah peristiwa agung yang memperlihatkan perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian diangkat ke langit bertemu Allah SWT. Namun di sebalik keajaiban itu, terselit pengajaran yang sangat dekat dengan kehidupan kita hari ini.

Perjalanan Nabi SAW berlaku selepas fasa paling berat dalam hidup Baginda; kehilangan isteri tercinta Khadijah RA dan bapa saudara Abu Talib. Kesedihan, tekanan dan ujian datang bertimpa-timpa. Ini mengajar kita bahawa ujian bukan tanda Allah meninggalkan kita, tetapi selalunya tanda Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih besar.

Dalam perjalanan Mikraj, Nabi SAW diperlihatkan keadaan manusia di alam akhirat. Ada yang diseksa kerana mengabaikan amanah, ada yang menyesal kerana lalai ketika hidup. Ia mengingatkan kita bahawa hidup ini sementara, dan kematian itu pasti, tanpa mengira pangkat, harta atau kedudukan.

Hari ini kita mungkin sibuk mengejar dunia, kerja, bisnes, hutang, komitmen dan tekanan hidup. Namun Israk Mikraj mengajar kita bahawa solat adalah tiang utama, hadiah terus dari Allah SWT tanpa perantaraan. Solatlah yang membezakan antara orang yang hidup hatinya dan orang yang telah mati jiwanya walaupun masih bernafas.

Orang yang telah meninggal dunia tidak mampu lagi menambah amal, tetapi kita yang masih hidup masih diberi peluang
untuk memperbaiki solat, menjaga amanah, berbuat baik dan meninggalkan kesan yang bermanfaat.

Semoga peristiwa Israk Mikraj ini menjadi peringatan untuk kita kembali kepada Allah,
memperbaiki hubungan dengan-Nya sebelum kita dipanggil pulang, dan menjadikan solat sebagai kekuatan, bukan sekadar kewajipan.

🤲 Ya Allah, jangan jadikan kami orang yang lalai ketika hidup dan menyesal setelah mati. 🤲

Assalamualaikum...Mohon maaf lama menyepi.Kami berada di Tanah Suci menunaikan Umrah, mendoakan semua yang sedang membua...
25/12/2025

Assalamualaikum...

Mohon maaf lama menyepi.

Kami berada di Tanah Suci menunaikan Umrah, mendoakan semua yang sedang membuat keputusan mendaftar badal haji, yang sedang mencari rezeki dan dipermudahkan segala urusan 🤲

Alhamdulillah, walaupun berbeza waktu, pendaftaran Badal Haji & Wakaf tetap diuruskan dengan amanah dan lancar.

Terima kasih ❤️

📩 Untuk pertanyaan & pendaftaran, boleh terus PM kami atau klik buang Whatsapp di bawah 👇👇👇

🕋 PERINGATAN PENTING UNTUK SEMUA JAMAAH & WARISTarikh terakhir untuk keluar dari Arab Saudi adalah 18 April 2026 seperti...
12/12/2025

🕋 PERINGATAN PENTING UNTUK SEMUA JAMAAH & WARIS

Tarikh terakhir untuk keluar dari Arab Saudi adalah 18 April 2026 seperti diumumkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Ramai yang mungkin tidak sempat mengerjakan haji tahun ini atas sebab usia, kesihatan atau telah kembali ke rahmatullah.

Namun pahala haji tetap boleh disampaikan melalui insan yang amanah melaksanakannya.

🌿 BADAL HAJI – PELUANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB TERAKHIR UNTUK ARWAH TERSAYANG

Jika ahli keluarga anda tidak sempat menunaikan Haji ketika hayatnya, inilah masa terbaik anda melaksanakan tanggungjawab tersebut sebelum musim berakhir.

Kami menyediakan perkhidmatan Badal Haji yang sah, dipercayai dan mengikut hukum syarak, dilaksanakan oleh wakil yang berdaftar dan berpengalaman, berada di Tanah Suci dan akan mengerjakan haji lengkap bagi pihak arwah.

✨ Apa yang waris terima?
✔️ Sijil Pengesahan Pelaksanaan Badal Haji ✔️ Doa khusus atas nama arwah
✔️ Jaminan dilaksanakan dalam musim Haji yang sah

❗ Dengan tarikh 18 April 2026 sebagai had akhir keluar dari Arab Saudi, maka hanya pelaksana badal haji dan jemaah haji sahaja yang boleh berada di Kota Suci tersebut.

Dan ini juga menandakan bahawa tempat untuk pelaksana yang sah semakin terhad.
Pastikan nama arwah atau ibu ayah anda didahulukan sebelum kuota penuh atau tarikh sudah tutup‼️

📌 Daftar Badal Haji sekarang‼️
➡️ Klik butang Whatsapp di bawah untuk keterangan lanjut.

Semoga menjadi amal jariah yang mengalir untuk arwah dan menjadi asbab pahala berterusan untuk anda sebagai anak yang soleh dan solehah. 🕊️

05/12/2025

“Allahu Kahfi… Robbunal Kahfi…”

Setiap bait yang dilafazkan dalam video ini membawa satu doa, satu harapan… agar setiap nama yang diamanahkan untuk kami tunaikan Badal Haji, Allah pelihara, lindungi dan terima amal mereka seluas-luas rahmat-Nya.

Dalam keadaan kita jauh, dalam keadaan banyak urusan dunia menyesakkan…
Zikir ini mengingatkan kita bahawa Allah sentiasa menjadi pelindung — seperti Ashabul Kahfi yang diselamatkan Allah ketika tiada siapa mampu membantu.

✨ Bila waris menghantar nama kepada kami, kami bukan sekadar menjalankan ibadah… tetapi membawa doa dan amanah dengan penuh adab, hati-hati dan rasa takut pada Allah.

Semoga setiap yang menonton video ini, hati kalian juga diberi ketenangan.
Dan semoga setiap arwah yang ditunaikan hajinya, diangkat darjatnya di sisi Allah SWT.

Allahu Kahfi… Robbunal Kahfi… Allah Maha Memelihara.

Jika ada waris yang ingin menyerahkan amanah Badal Haji, pintu kami sentiasa terbuka untuk membantu sebaik mungkin, dengan bimbingan pelaksana yang amanah di Tanah Suci.

In shaa Allah kami sudah pm puan ya.puan boleh semak inbox atau spam, dan berikan maklum balas pada kami. Terima kasih.
19/10/2025

In shaa Allah kami sudah pm puan ya.puan boleh semak inbox atau spam, dan berikan maklum balas pada kami. Terima kasih.

Hari Jumaat… saat paling mustajab untuk doa dan amal soleh.Bayangkan… di Tanah Suci, nama insan tersayang disebut, doa d...
17/10/2025

Hari Jumaat… saat paling mustajab untuk doa dan amal soleh.

Bayangkan… di Tanah Suci, nama insan tersayang disebut, doa dilafazkan di hadapan Kaabah, dan pahala haji dan umrah mengalir untuknya tanpa henti.

Itulah indahnya badal haji dan badal umrah.

🌿 Jadikan Jumaat ini saksi kasih dan doa kita buat mereka yang telah pergi.

Daftar badal haji dan badal umrah dengan kami hari ini. In sya Allah segala urusan akan Allah mudahkan 🤍

Klik butang whatsapp di bawah 👇👇👇

🕊️   🕊️Walau berdepan dengan pelbagai ancaman, ujian dan masalah, namun semangat mereka tetap teguh demi membawa misi ke...
02/10/2025

🕊️ 🕊️

Walau berdepan dengan pelbagai ancaman, ujian dan masalah, namun semangat mereka tetap teguh demi membawa misi kemanusiaan untuk rakyat Gaza.

Ya Allah, lindungilah saudara kami di lautan.
Kuatkan iman mereka, selamatkan mereka dari bahaya. Dan permudahkan perjuangan mereka demi insan yang tertindas.
Aamiiin Ya Rabbal ‘Alamin 🤲

📢 Jom‼️

1️⃣ Sebarkan doa & kesedaran ini.
2️⃣ Sokong usaha kemanusiaan melalui saluran yang sah.
3️⃣ Teruskan doa agar misi ini sampai dengan selamat.

💙 Solidariti kita mungkin kecil, tetapi doa dan sokongan berterusan mampu menjadi kekuatan besar.

Address

EL GHAZI HARAMAIN SDN BHD, 1013, KOMPLEKS PERNIAGAAN GANGSA FASA 2, Jalan GANGSA, ALOR SETAR DARUL AMAN
Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when El Ghazi Haramain - Pengurusan Badal Haji Terbaik Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to El Ghazi Haramain - Pengurusan Badal Haji Terbaik Malaysia:

Share

Category