20/11/2025
βΌοΈTUTUP SEMENTARAβΌοΈ
Balai Besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (TNBTS) dah umumkan yang laluan hiking ke Gunung Semeru termasuk Ranu Kumbolo ditutup sementara. Ini sebab status gunung tu naik lepas aktiviti vulkanik makin kuat pada 19 November 2025. Laluan akan dibuka balik bila keadaan dah selamat.
Dalam masa yang sama, Bupati Lumajang, Indah Amperawati, nasihatkan penduduk yang duduk dekat kawasan bahaya supaya pindah ke tempat selamat yang dah disediakan kerajaan. Imbauan ni khusus untuk penduduk di Desa Sumberwuluh, Jugosari, Candipuro dan kawasan Pronojiwo.