Rantaian Mesra Sdn Bhd

Rantaian Mesra Sdn Bhd Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rantaian Mesra Sdn Bhd, Travel and transport, Jl Diponegoro No 27 Citarum, Bandung.

VISI
Arkitek utama ekosistem mobilitI pintar yang bersepadu

MISI
Mendukung aspirasi Negeri Pintar menerusi rantaian mobiliti yang efisian, inklusif dan lestari

"Mobiliti Tanpa Had"

09/09/2026

MENJUNJUNG KASIH, DAULAT TUANKU

Menjelang detik penuh bersejarah, Negeri Selangor bakal memperingati Sambutan Jubli Perak sempena 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor.

Seperempat abad pemerintahan yang menjadi saksi kepada kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Selangor serta rakyatnya.

Nantikan sambutan istimewa bagi meraikan satu perjalanan pemerintahan yang penuh bermakna. ✨

25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor.
Daulat Tuanku! β€οΈπŸ’›






Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa nahas helikopter di Ulu Bara...
09/09/2026

Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa nahas helikopter di Ulu Baram, Sarawak.

Semoga ahli keluarga dan insan tersayang yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Salam takziah daripada seluruh warga kerja Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB).

Al-Fatihah.




πŸ” SESI PEMBENTANGAN CYBERSECURITY BLUEPRINT BERSAMA SMARTSEL SDN BHDRantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah menerima kunjung...
08/09/2026

πŸ” SESI PEMBENTANGAN CYBERSECURITY BLUEPRINT BERSAMA SMARTSEL SDN BHD

Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah menerima kunjungan daripada Smartsel Sdn Bhd yang diketuai oleh *Dato' Ts. Dr. Husin Jazri* bagi sesi pembentangan dan perbincangan berkaitan Cybersecurity Blueprint pada 8 September 2026 di pejabat RMSB.

Kehadiran delegasi telah disambut oleh Encik Ramali Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif RMSB, bersama barisan kakitangan RMSB.

Sesi ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk berkongsi pandangan serta membincangkan pendekatan dan kerangka keselamatan siber dalam usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan, perlindungan sistem serta pengurusan risiko digital RMSB.

Inisiatif ini selaras dengan komitmen RMSB dalam memastikan aspek keselamatan dan tadbir urus digital terus diberi perhatian seiring dengan perkembangan operasi dan perkhidmatan organisasi.




MENEROKA POTENSI KOLABORASI DALAM SEKTOR KENDERAAN ELEKTRIK (EV)Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan sesi perb...
03/09/2026

MENEROKA POTENSI KOLABORASI DALAM SEKTOR KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak bersama Air Selangor (Fleet Section) bagi meneroka potensi kolaborasi dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, memahami keperluan operasi serta mengenal pasti peluang kerjasama yang berpotensi dalam menyokong pembangunan ekosistem EV dan mobiliti yang lebih mampan di Negeri Selangor.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen RMSB untuk terus membina jaringan strategik dan meneroka penyelesaian mobiliti masa hadapan yang lebih pintar, cekap dan mampan. 🌱⚑




πŸš— MENEROKA POTENSI KOLABORASI DALAM SEKTOR KENDERAAN ELEKTRIK (EV)Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan sesi pe...
03/09/2026

πŸš— MENEROKA POTENSI KOLABORASI DALAM SEKTOR KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan sesi perbincangan dan lawatan tapak bersama Air Selangor (Fleet Section) bagi meneroka potensi kolaborasi dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

Pertemuan ini membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, memahami keperluan operasi serta mengenal pasti peluang kerjasama yang berpotensi dalam menyokong pembangunan ekosistem EV dan mobiliti yang lebih mampan di Negeri Selangor.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen RMSB untuk terus membina jaringan strategik dan meneroka penyelesaian mobiliti masa hadapan yang lebih pintar, cekap dan mampan. 🌱⚑




🚫 CELOTEH EJEN: AMANAH DIPIKUL, BUKAN DIPERGUNAKAN!Setiap jawatan dan kedudukan datang bersama amanah serta tanggungjawa...
02/09/2026

🚫 CELOTEH EJEN: AMANAH DIPIKUL, BUKAN DIPERGUNAKAN!

Setiap jawatan dan kedudukan datang bersama amanah serta tanggungjawab.

Penyalahgunaan kedudukan untuk memberi kelebihan kepada diri sendiri, ahli keluarga atau pihak tertentu bukan sahaja boleh menjejaskan integriti dan kepercayaan terhadap organisasi, malah boleh membawa kepada tindakan undang-undang.

Pada masa yang sama, setiap tuntutan hendaklah dibuat secara jujur, telus dan berdasarkan urusan sebenar.

Mari bersama-sama membudayakan integriti dengan melaksanakan setiap amanah secara bertanggungjawab dan membuat keputusan berlandaskan prinsip yang betul.






KitaSelangorMajuBersama

30/08/2026

Apa makna Merdeka bagi anda? πŸ‘€

Kalau tanya warga RMSB, macam-macam jawapan kita dapat!

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, kami luangkan sedikit masa untuk sesi santai bersama warga kerja RMSB. Daripada soalan spontan sampailah ke ucapan khas buat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Walaupun jawapan berbeza-beza, satu yang menyatukan kita rasa syukur, semangat kebersamaan dan kasih kepada tanah air.

Jom dengarkan apa kata warga RMSB dan ucapan Merdeka mereka! πŸŽ₯




πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69!Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemer...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69!

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan menyemarakkan semangat perpaduan, menghargai pengorbanan generasi terdahulu serta terus memainkan peranan dalam membina masa depan negara yang lebih maju dan sejahtera.

Kemerdekaan bukan sekadar sebuah sejarah, tetapi amanah untuk terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 daripada seluruh warga kerja Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB).

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸ“Œ MEMPERKUKUH PENGURUSAN RISIKO & KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN RMSBRantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan Sesi Perbi...
26/08/2026

πŸ“Œ MEMPERKUKUH PENGURUSAN RISIKO & KESINAMBUNGAN PERNIAGAAN RMSB

Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) telah mengadakan Sesi Perbincangan Pengurusan Risiko dan Pelan Kesinambungan Perniagaan (Business Continuity Plan – BCP) bersama Jabatan Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti, MBI Selangor.

Sesi ini memberi fokus kepada perkongsian dan perbincangan berkaitan pengurusan risiko organisasi serta langkah-langkah kesiapsiagaan bagi memastikan kelangsungan operasi dan penyampaian perkhidmatan sekiranya berlaku sebarang gangguan atau situasi luar jangka.

Melalui pendekatan pengurusan risiko yang lebih tersusun dan perancangan kesinambungan perniagaan yang berkesan, RMSB komited untuk terus memperkukuh daya tahan organisasi, tadbir urus serta kecekapan operasi.





πŸ“’ NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI TEMPAT LETAK KERETAUntuk perhatian semua pengguna,Dimaklumkan bahawa operasi tempat letak ker...
26/08/2026

πŸ“’ NOTIS PEMAKLUMAN OPERASI TEMPAT LETAK KERETA

Untuk perhatian semua pengguna,
Dimaklumkan bahawa operasi tempat letak kereta berdekatan Stesen LRT3 Stadium Shah Alam, Seksyen 13 telah mula berkuatkuasa pada 25 Ogos 2026.

πŸš— Bayaran parkir akan dikenakan bagi setiap kemasukan ke kawasan tempat letak kereta tersebut.

Para pengguna dinasihatkan untuk mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan serta sentiasa memastikan keselamatan kenderaan dan barangan peribadi masing-masing.

⚠️ Parkir atas risiko sendiri.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.




Address

Jl Diponegoro No 27 Citarum
Bandung
40115

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rantaian Mesra Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rantaian Mesra Sdn Bhd:

Shortcuts

Share