Irwan Dahnil

Irwan Dahnil Traveler | Story Teller | Tour Leader | Trip Planner | Awesome Nomad
(1)

Travel Planner ke UK. Aku share sikit plan versi ketika perang Middle East. Plan awalnya landing Scotland, masuk Wales &...
02/04/2026

Travel Planner ke UK.

Aku share sikit plan versi ketika perang Middle East. Plan awalnya landing Scotland, masuk Wales & balik dari London.

Tapi last minute hanya flight ke London paling konsisten

1. Landing kat Edinburgh atau Glasgow. Ada 2 cara. Amik domestik flight London ke salah satu airport. Cepat but costly.

Landing di London pagi, then ada masa connecting flight dan smp kat Scotland sblm malam.

Cheap option, naik bas atau train. Backpacker dan ada masa bnyk boleh la. Yet its not cheap juga, nak kluar dari Heathrow.

Airport lain?

Dulu Gatwick & Stanstead ada flight dari Middle East. Emirates especially, tapi sekarang sibuk perang. Dari airport ni ada b*k lo-cost airline mcm Easyjet.

Tpi kalau ada luggage berkilo², kos beli checkin luggage pun sama dah harga flight full service macam BA.

Airrport² ni pun dalam sejam juga ke Central London. So kalau nak naik train ke Scotland, transfer² ni pun costly.

Kalau nak naik train juga macam mana? Dari airport kena ke train station di Central London. Station Euston.

Harga?

Busuk² £35/sorang. Economy, seat kena booking. Bole bawa luggage. Perjalanan 4 jam gitu.

Kalau amik siang, dapat pemandangan mulai masuk ke Lake District sampai ke tanah berbukit Scotland especially lalu kawasan wind turbine, sbelum sampai ke Edinburgh.

Ke Glasgow aku rasa belum ada (kecuali transit) tapi aku ada terbaca train baru LUNO ke Stirling. Tapi aku tak pernah try.

Kalau nak naik bas boleh ke?

Bas National Expresa atau Megabus mungkin pilihan biasa. Dari Heathrow akan ke Central London dulu, barulah naik ke utara.

Total dlm 8 jam, itu pun direct. Kalau amik yg berhenti² di bandar² untuk amik antar penumpang.

Aku dah lama tak naik bas. Zaman tulang kuat dulu adalah juga. Sekrang zaman urat selalu selirat, cepat penat kematu punggung tak sempat nak rehat.

Sampai di Glasgow Buchanan Bus Station. Atau Edinburgh Waverley

Dari situ plan perjalanan untuk jelajah Scotland. How?

Esok aku share plan ke Scotland p**a.

Eniwei, korang nampak tak betapa payahnya travel kalau takde penerbangan Middle East. Serba serbi jadi mahal, planning trip pun b*k buat hal.

Apa pun dah usaha kita kena b*k tawakal. Sebab dalam kembara itu ada keredhaan Tuhan.

Nomad Journey
Irwan Dahnil
Isle of Skye

50.Half a century… sounds heavy, but somehow it feels light.I’ve been a son learning from silence,a father learning thro...
22/03/2026

50.

Half a century… sounds heavy, but somehow it feels light.

I’ve been a son learning from silence,
a father learning through mistakes,
a dreamer chasing maps that didn’t exist yet.

I’ve seen plans succeed beautifully…
and I’ve watched others fall apart right in front of me.

But here’s the truth I carry into 50:

Not everything is meant to work.
Some things are meant to teach.
Some people are meant to stay.
Some are meant to pass through.

And all of it… shapes the journey.

Today, I don’t celebrate success. I celebrate endurance & growth.

At 50, I’m not slowing down. I’m just getting clearer.

To those who walked with me — thank you.
To those who believed in me — thank you.
To those who challenged me — thank you even more.

This is not the end of a chapter.

This is the beginning of a stronger, wiser, freer version of me.

50… and still exploring.

Catatan kembara
Dr. Irwan Dahnil
Selayang, Selangor

28/01/2026
26/01/2026
Day 26. Hari kedua di Helsinki Badan betul² penat. Sebab tidur yang tak lena. Asyik terjaga².Ada 4 lagi trip yang belum ...
08/11/2025

Day 26. Hari kedua di Helsinki
Badan betul² penat. Sebab tidur yang tak lena. Asyik terjaga².
Ada 4 lagi trip yang belum terurus dengan baik. Spain, Central Europe & Finland.
Aku perasan satu benda. Travel tu sendiri enjoyable, aku s**a. Alpa, hilang rasa tekanan di kepala.
Tapi bila teringat kerja office yang belum selesai, mulalah rasa sesak di dada. Tidur mula hilang nikmat, badan mula rasa tak sihat.
Arghhh..
Nampaknya tahun depan aku perlu asistant. Untuk uruskan hal² booking, hotel, flight. Biar dia buat semua
Aku nak travel dengan bahagia.. 66 hari travel di Eropah ni, taknak serabut dengan urusan kerja. Esok akan kembali ke Scotland semua.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Helsinki, Finland

Mungkin ini adalah spot favourite aku di Old Town, Tallinn.Lorong zaman pertengahan yang mempesona, menghubungkan Jalan ...
07/11/2025

Mungkin ini adalah spot favourite aku di Old Town, Tallinn.

Lorong zaman pertengahan yang mempesona, menghubungkan Jalan Vene dan Müürivahe. Dinding batu tidak sekata, lengkung vault di atas kepala, semuanya seolah membawa kita melangkah masuk ke zaman silam.

Berjalan di sini terasa seperti masuk ke dalam kapsul masa — di mana sejarah dan seni pertukangan bertemu dalam harmoni yang sunyi tapi hidup.

Lorong ini terletak di sepanjang dinding gereja St. Catherine yang dibina sejak tahun 1246, suatu ketika dahulu merupakan gereja terbesar di kota ini. Ada batu nisan lama di sini, ada yang bertarikh seawal abad ke-14.

Kini, lorong ini menjadi rumah kepada St. Catherine’s Guild — tempat para penggiat seni moden meneruskan warisan lama. Hasil kerja tangan seperti tembikar, kaca berwarna, dan tekstil yang indah.

Seindah laluan kecil yang unik ini.

Catatan Kembara Baltic
Irwan Dahnil
Lorong St. Catherine’s
Tallinn, Estonia
November 2025

Satu benda aku s**a traveli sebab junpa macam² ragam manusia. Diorg.ada macam² cerita. Tak sama.Dan satu benda aku  s**a...
25/10/2025

Satu benda aku s**a traveli sebab junpa macam² ragam manusia. Diorg.ada macam² cerita. Tak sama.
Dan satu benda aku s**a bawa orang dalam small group, sebab ada masa untuk sembang dengan semua.
Dari kenal jadi akrab gitu.
Selesai duty satu group ke Italy, Swiss, Germany, Austria & Liechiestein. Jumpa lagi you all, kita berOOTD lagi nanti yea.

So aku dah smpai Oslo.Selepas 10 hari di German, Italy & Austria, disambung dengan 12 hari di Norway, Sweden & Finland. ...
24/10/2025

So aku dah smpai Oslo.
Selepas 10 hari di German, Italy & Austria, disambung dengan 12 hari di Norway, Sweden & Finland.
Nomad 66 dah masuk hari 10 dari 66 hari.
Misi mencari aurora bermula.

Sungguh tough la nak bangkit 3am di Milan untuk buat sesi Live ni. Letih dari trip tak habis lagi, tidur pun belum cukup...
24/10/2025

Sungguh tough la nak bangkit 3am di Milan untuk buat sesi Live ni. Letih dari trip tak habis lagi, tidur pun belum cukup, seawal pagi kita sembang tentang travel p**a.
Mata tak boleh buka nih. Aku kena bagitau semua. Nak jadi Tour Leader kena sihat.
Atau buat² sihat.

Tak sampai seminggu lagi, triip Autumn/Winter 2025 akan bermula. Tahun ini mungkin jadual yang paling padat, trip selama...
09/10/2025

Tak sampai seminggu lagi, triip Autumn/Winter 2025 akan bermula. Tahun ini mungkin jadual yang paling padat, trip selama 66 hari dengan 1-2 hari sahaja gap antara trip.
Aku namakan trip kalini Nomad 66.
Italy, Austria, Germany, Swiss
Scandinavia Norway, Sweden & Finland
Baltic Lithuania, Latvia & Estonia
Wales, Scotland & England
Spain (Barcelona, Madrid, Granada)
Switzerland, Austria.
Its a roadtrip, driving. Ada selang seli naik flight in between. Ketika musim akhit autumn dan awal winter di Eropah.
Antara tempat aku nak sangat sampai kali ni adalah Senja di Norway. Sekitar 3-4 jam dari Tromso. Viewnya memang superb bergunung di tepi lautan.
Dan malam hari menanti aurora borealis.
Okay nak start pack baju dah.



Nota : Trip tahun ni dah full. Kalau nak follow trip selepas raya April 2026 masih boleh selit.

Aku baru tahu, nyamuk takut ngan warna biru.
25/09/2025

Aku baru tahu, nyamuk takut ngan warna biru.

Address

Glasgow

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irwan Dahnil posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Irwan Dahnil:

Share