02/20/2015
Topik hari ini: Servis pos pilihan MOS.
Selalunya kita gunakan servis USPS Priority International Shipping. Dalam 6-10 hari bekerja, tetapi kadang-kadang ada juga terlambat, tersangkut dan ambil masa juga untuk sampai kepada pelanggan. Servis ni boleh dikesan, jadi selalunya saya dan pelanggan akan sama-sama tengok dan jika perlu, saya akan hubungi USPS dan pelanggan akan telefon Pos Malaysia untuk dapatkan status terkini barang. Setakat ni, dah hampir 3 tahun, tak pernah barang hilang terus tak dapat dikesan. Yang ada, brg lambat, atau dipulangkan kepada saya sebab kotak ada sedikit koyak. Yang ni memang pening kepala sebab kena pos semula!
Untuk barang-barang yang bernilai tinggi tapi bersaiz kecil, seperti woven wrap/Kinderpack/buku yang beratus ringgit, saya akan hantar terus kepada pelanggan. Kos pos sahaja RM150.
Untuk barang-barang yang murah sedikit, seperti Infantino Union dan Infantino Mei Tai, saya akan hantar bersama barang-barang lain (bulk ship). Ini supaya dapat mengurangkan kos pos kepada pelanggan. Kami tidak mahu menaikkan harga, kerana memikirkan ramai yang ingin menggendong anak tapi tidak mampu membeli alat gendong yang beratus ringgit. Namun sekiranya pelanggan nak cepat dan sanggup bayar, boleh maklum semasa buat tempahan. Kita akan hantar direct, tapi harga akan bertambah, untuk tampung pertambahan kos pos.
Tempoh pos selalunya akan ambil masa dalam 4 minggu (dari tarikh tempahan berbayar). Kalau tiada stok sedai ada, kami akan order dahulu, kemudian baru dapat pos kepada pelanggan. Sekiranya tiada masalah tersangkut dalam transit dan Kastam akan ambil 4 minggu sebelum pelanggan dapat. Kalau tidak, 6-8 minggu.
Untuk Infantino Union dan Mei Tai, bulk ship merupakan cara terbaik buat masa sekarang, kerana jika tidak, harga barang akan naik dan tidak lagi dapat dijual dengan harga rendah seperti sekarang. Andai tidak kisah membayar, boleh hubungi kami dan minta direct ship.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan tapi perlukan cepat, boleh maklum semasa membuat tempahan. Kami akan menggunakan servis ekspres USPS/DHL yang memakan masa 3-5 hari bekerja, tapi kosnya berkali ganda berbanding servis pos yang lebih murah, tapi mengambil masa sedikit.
Pokoknya servis lambat lebih murah, tapi kena menunggu sedikit. Ini bukan diskriminasi barang mahal atau murah, tapi ekonomiks. Sekiranya ada masalah, boleh hubungi kami. Terima kasih kerana membeli dengan MOS ☺