03/06/2021
Assalamua'laikum wr wb,
*Teman- teman dunia akhirat yang sentiasa dirahmati Allah*
Bulan Syawal, bulan yg mulia serta penuh keinsafan serta saling maaf memaafi di antara keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai bakal meninggalkan kita dalam beberapa minggu lagi
Janganlah kita saling lupa pada yg sentiasa dalam serba kekurangan.
*MARI LAKSANAKAN KORBAN DI BANGLADESH 2021*
InshaAllah bagi tahun ini, tahun ke tujuh , atas permintaan ramai jemaah serta saudara mara,
saya ingin bersama membantu usaha menyahut seruan untuk memberi peluang penduduk miskin di Bangladesh dan Madrasah Tahfiz yg menempatkan ribuan pelajar dari golongan anak anak yatim menikmati daging korban.
Marilah sama-sama kita rebut peluang ini. Semoga segala amalan ibadah Korban/Aqiqah kita diterima Allah. Allahumma Aamiin
*KEBAIKAN KORBAN DI BANGLADESH*
Antara kebaikan ibadah Korban /Aqiqah dilakukan disana ialah kerana Bangladesh adalah di antara negara yang ramai penduduk miskin.
Bukan sahaja daging korban yg mereka nikmati, malah bahagian seperti kepala, mata, hati, telinga, paru, lidah, perut, usus, kaki, serta kulit binatang korban mereka manfaatkan.Bahkan najis binatang korban mereka gunakan sebagai baja. *SUBHANALLAH* *SUBHANALLAH*.
Bagi Perlaksanaan Korban di Bangladesh tahun ini, Inshaa Allah berikut adalah harganya :
Seekor Kambing - *$220*
Seekor Lembu - *$970*
Bagi mereka yang ingin turut serta, sila hubungi saya. Terima Kasih atas segala perhatiannya. Wassalam.