28/09/2024
โBeli pampers kat siapa dik? โ
Seorang budak datang farmasi, berpeluh peluh saya tengok dia, basah baju, beli pampers dewasa satu pack. Saya kenal budak ni. Selalu datang beli pampers dewasa.
โSaya beli dekat mak. Mak kena strokโ. - jawabnya.
Saya tanya dia awat berpeluh-peluh?
โSaya lari mai sini kak. Rumah saya di Taman SA. Basikal saya rosak. Pampers mak dah habis. Saya lari takut nanti ribut pulak maiโ.
Saya buat buat busy key in sambil bertanya mana ayahnya.
โAyah kat KL. Jaga atok, atok kena leukaemiaโ
Saya tanya dia habis siapa jaga dia? Siapa masak? Makan macam mana?
โSaya dan kakak beli makanan hari2. Kakak pun masih sekolah lagi.. Kami jaga diri sendiri jaโ
Katanya sambil menghulur sehelai wang kertas note RM20.
๐ข๐ฅบ๐ฅบ๐ข๐ฅบ๐ฅบ
Inilah kehidupan.. Kadang kala kita rasa kita susah, ramai lagi yang benar benar susah.
Kadang- kadang kita rasa kita sudah berjaya, ada masa kita pandang rendah dekat orang yang belum berjaya, jangan lupa, kita berjaya bukan sahaja sebab kita rajin dan sebagainya, tapi sebab Tuhan yang bagi peluang kat kita. Orang lain tak semestinya berpeluang seperti mana Tuhan buka peluang untuk kita.
Hidup jangan selalu memandang ke atas. Lihatlah juga di bawah, dari mana kamu datang pada asalnya.
โฆโฆโฆ
โTak apalah dik. Ambil balik RM20 ni bagi balik kat mak. Harini pampers free, jangan beli chocolate atau benda merapu. Bagi balik kat mak ok. Kirim salam kat makโ
Kredit: Hafizah Wanasan