Lulu Hatun

Lulu Hatun Berkongsi apa jua cerita dan pengetahuan! Berkongsi cerita dan pengetahuan.

Fakta menarik mengenai lidah kucing :1. Bertekstur KasarLidah kucing terasa kasar kerana dipenuhi dengan papila keratin ...
25/03/2025

Fakta menarik mengenai lidah kucing :

1. Bertekstur Kasar

Lidah kucing terasa kasar kerana dipenuhi dengan papila keratin yang berbentuk seperti duri kecil mengarah ke belakang. Ini membuat lidahnya mirip seakan permukaan kertas pasir.

2. Membantu Perawatan Diri

Lidah kucing berfungsi sebagai sikat semulajadi untuk membersihkan bulunya, menghilangkan kotoran dan merangsang kulitnya dalam menghasilkan minyak semulajadi bagi menjaga bulu tetap sihat.

3. Digunakan untuk Minum

Kucing memiliki cara unik untuk minum. Mereka tidak menjilat air secara langsung, tetapi menggunakan hujung lidahnya untuk menarik air ke atas dalam bentuk kolom sebelum menelannya.

4. Membantu Makan Daging

Papila yang tajam di lidahnya membantu kucing mengikis daging dari tulang, memudahkannya untuk makan, terutama bagi kucing liar atau pemangsa seperti singa dan harimau.

5. Boleh Menyebabkan Tertelan Bulu

Kerana kucing sering menjilati tubuhnya, ia boleh tertelan bulu yang gugur dan membentuk gumpalan bulu (hairball) di dalam perutnya, yang kadang dimuntahkannya kembali.

Jadi, lidah kucing bukan hanya untuk makan dan minum, tapi juga alat penting untuk kebersihan dan kelangsungan hidupnya! 🐱

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular di seluruh dunia kerana sifatnya yang manja, pintar, dan menghiburka...
25/03/2025

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat popular di seluruh dunia kerana sifatnya yang manja, pintar, dan menghiburkan. Mereka berasal daripada keluarga **Felidae** dan berkait rapat dengan harimau, singa, dan cheetah.

# # # **Fakta Menarik Tentang Kucing**
1. **Memiliki Deria Yang Tajam**
Kucing mempunyai penglihatan malam yang sangat baik, pendengaran tajam, dan deria bau yang lebih kuat daripada manusia.

2. **Tidur Sehingga 16 Jam Sehari**
Kucing terkenal dengan kebiasaannya tidur lama, terutama pada siang hari. Ini kerana mereka secara semula jadi adalah pemburu malam.

3. **Mempunyai Cara Berkomunikasi Unik**
Selain mengiau, kucing juga berkomunikasi melalui ekor, telinga, dan postur badan mereka. Contohnya, ekor yang berdiri tegak biasanya menunjukkan mereka gembira atau ingin bermanja.

4. **Menggunakan Misai Sebagai Sensor**
Misai kucing bukan sekadar hiasan, tetapi berfungsi sebagai sensor yang membantu mereka mengesan perubahan kecil di sekeliling dan menilai ruang sempit sebelum melaluinya.

5. **Dikenali dengan Sifat Bersih**
Kucing sentiasa menjilat bulu mereka untuk membersihkan diri. Lidah mereka mempunyai struktur kasar yang membantu menanggalkan kotoran dan bulu mati.

# # # **Kucing dalam Kehidupan Manusia**
Kucing telah menjadi teman manusia selama ribuan tahun. Dalam sejarah Mesir Purba, mereka dianggap sebagai haiwan suci dan dilindungi. Kini, kucing bukan sahaja menjadi haiwan peliharaan tetapi juga digunakan dalam terapi haiwan kerana kehadiran mereka mampu memberikan ketenangan kepada pemiliknya.

Adakah anda memelihara kucing? Atau ada cerita menarik tentang kucing yang ingin dikongsi? 😊🐱

Rona Warna Kelabu Tampak Eksklusif & MenarikSiapa bilang warna kelabu itu kusam dan malap? Oh, tidak sebenarnya.Warna ke...
24/02/2015

Rona Warna

Kelabu Tampak Eksklusif & Menarik

Siapa bilang warna kelabu itu kusam dan malap? Oh, tidak sebenarnya.

Warna kelabu dikatakan mampu menimbulkan semangat untuk berdikari dan mencipta ruangan yang lebih luas. Istimewa, bukan?

Sumber: Majalah Hijabista

Rona WarnaCeria Si Kuning MustardKemas kini closet anda dengan rona mustard yang lembut dan neutral; cukup sesuai buat a...
24/02/2015

Rona Warna

Ceria Si Kuning Mustard

Kemas kini closet anda dengan rona mustard yang lembut dan neutral; cukup sesuai buat anda yang berkulit gelap mahupun cerah. Paduan bersama warna neutral seperti kelabu atau biru kelasi pasti membuatkan penampilan anda kelihatan berbeza.

Sumber: Majalah Hijabista

Tip Fesyen Siri 2Tubuh Berbentuk Curvy Serlahkan pinggang anda: Fokuskan pada bahagian pinggang.  Padankan pakaian anda ...
24/02/2015

Tip Fesyen

Siri 2

Tubuh Berbentuk Curvy

Serlahkan pinggang anda: Fokuskan pada bahagian pinggang. Padankan pakaian anda dengan tali pinggang bermanik untuk menyerlahkan lagi kecantikan anda.

Pilih warna-warna gelap: Warna hitam merupakan warna yang sesuai untuk diperagakan di mana-mana oleh sesiapa jua. Tetapi, itu tidak bermakna warna-warna lain perlu diketepikan. Suaikan pakaian berwarna gelap anda bersama sedikit perincian yang mempunyai corak berwarna terang. Pilih warna neutral seperti hitam, coklat dan biru gelap.

Cuba Warna Gelap Di Waktu Siang Dan Malam

Pilih busana yang mengikut bentuk badan. Kaftan akan menampakkan anda kelihatan lebih berisi. Pilih pakaian seperti skirt dengan potongan lurus, seluar dan maksi yang labuh.

Pakaian anda seharusnya membuatkan anda kelihatan anggun dan tidak keterlaluan. Rekaan yang terlalu berat boleh menampakkan anda kelihatan berisi. Pilih baju atau blaus yang ringkas tanpa ropol dan hiasan yang melampau.

Warna-warna gelap pada waktu siang atau malam boleh menampakkan anda kelihatan lebih menyerlah. Cuba elakkan memadankan pakaian dan aksesori berwarna gelap pada waktu yang sama. Cuba padankan pakaian anda bersama aksesori permata untuk menyerlahkan penampilan anda. Elakkan juga memakai pakaian bercorak besar.

Sumber: Majalah Hijabista

Tip Fesyen Kenali Fesyen Cocok Denganmu! Tidak kiralah sama ada tubuh anda berbentuk hourglass, maskulin ataupun kecil. ...
24/02/2015

Tip Fesyen

Kenali Fesyen Cocok Denganmu!

Tidak kiralah sama ada tubuh anda berbentuk hourglass, maskulin ataupun kecil. Tip-tip ini akan membantu anda untuk tampil lebih bergaya untuk ke pejabat, bergaya santai ataupun ke majlis-majlis formal.

Siri 1 :

Untuk Si Montok

Tip: Bagi si badan berbentuk hourglass perlulah tumpu di bahagian pinggang. Untuk menyerlahkan lagi bentuk tubuh badan anda, pakai busana yang mengikut tubuh dan skirt yang labuh dan beralun. Busana yang bercirikan feminin akan mempesonakan lagi bentuk tubuh badan anda.

Cuba: Skirt berbentuk A-line akan melihatkan anda kelihatan lebih kurus. Pilih pakaian yang berstruktur dan beralun yang tidak keterlaluan. Apa saja blaus yang dipilih, pastikan ia mengimbangi skirt yang dipadankan.

Bercorak Lengkap: Cuba Draping

Bentuk-bentuk draping: Pakaian yang berstruktur sentiasa menarik perhatian orang ramai. Fabrik fleksibel seperti jersi boleh menjadi sahabat baik anda. Tambahkan hiasan dengan menggunakan fabrik lembut pada bahagian tertentu supaya menyerlahkan lagi kesempurnaan dan menutupi kelemahan.

Sumber: Majalah Hijabista

Info : Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans Pernah tidak terlintas difikiran? Kenapa seluar Jeans mempunyai saku...
09/03/2013

Info : Fungsi Sebenar Poket Kecil Pada Seluar Jeans

Pernah tidak terlintas difikiran? Kenapa seluar Jeans mempunyai saku kecil dibahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tiada fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar Jeans. Namun, dari saku comel inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas Jeans masuk ke Amerika Syarikat (AS) tahun 1872.

Sebagai jenis tekstil, Jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an. Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis menyebut seluar ini dengan sebutan "bleu de Genes", yang bererti biru Genoa. Meskipun tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di Eropah, tetapi sebagai fesyen, Jeans dipopularkan di AS oleh Levi Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda demam emas.

Akan tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotong dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual kepada para pekerja lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang, Strauss menyempurnakan "penemuannya" dengan memesan bahan dari Genoa yang disebut "Genes", yang oleh Strauss diubah menjadi "Blue Jeans".

Di sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan "menobatkan" seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan "those pants of Levi` s "atau" Celana Si Levi ". Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang pertama seluar Jeans pertama di dunia.

Naluri perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses Jakob Davis untuk bekerjasama dan pada tahun 1880 kerjasama itu melahirkan kilang seluar Jeans pertama. Dan produk rekabentuk mereka yang pertama adalah "Levi`s 501 ".

Produk rekabentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan serta 1 saku kecil dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya ria. Tetapi saku atau poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran emas yang berukuran kecil.

05/12/2012

Kali ini petua yang ingin Mudah2Buy kongsi bersama Rakan Facebook semua ;

Menghilangkan kesan Chewing gum pada pakaian...

1. Ambil ais batu, tekapkan pada pakaian yang terkena gula-gula getah tadi. Biarkan sehingga ia tertanggal, barulah dicuci seperti biasa.

2. Ambil sedikit minyak tanah, sapukan pada pakaian yang terkena gula-gula getah.

Moga petua ini dapat membantu.

Tips Memilih Pakaian Wanita Yang Bersesuaian Dengan Bentuk TubuhMembeli belah merupakan kegiatan yang amat disukai oleh ...
26/11/2012

Tips Memilih Pakaian Wanita Yang Bersesuaian Dengan Bentuk Tubuh

Membeli belah merupakan kegiatan yang amat disukai oleh kebanyakkan wanita. Boleh dikatakan setiap bulan muncul keluaran fesyen wanita terbaru di pasaran sehinggakan boleh rambang mata dibuatnya. Agar anda sentiasa tampil cantik, anggun dan bergaya berikut adalah beberapa tips bagi pemilihan pakaian mengikut kesesuaian bentuk tubuh.

1. Bentuk Tubuh Jam Pasir

Bentuk tubuh jam pasir merupakan idaman kebanyakkan wanita kerana lekukan tubuh menjadi daya tarikan. Namun begitu bukan kesemua fesyen pakaian boleh dipadankan dengan bentuk tubuh ini. Bentuk tubuh jam pasir amat sesuai mengenakan pakaian yang boleh menampakkan bentuk pinggang. Elakkan memakai pakaian longgar di bahagian atas dan lurus kerana tubuh akan kelihatan lebih besar seperti botol.

2. Bentuk Tubuh Buah Epal

Flare skirt lebih sesuai dipadankan dengan wanita yang mempunyai bentuk tubuh buah epal. Rok skirt ini membantu menutupi pinggul anda yang besar. Elakkan rok berbentuk pensil yang terlalu runcing kerana ianya menampakkan pinggul anda yang besar. Elakkan juga mengenakan seluar bermotif yang akan membuat keseluruhan tubuh anda tampak besar dari atas hingga ke bawah. Manakala bagi anda yang mempunyai bentuk tubuh buah epal dengan ukuran dada yang terlalu besar bolehlah menggunakan bra yang mampu menyokong keseluruhan payudara dan memilih pakaian dengan leher berbentuk huruf V.

3. Bentuk Tubuh Buah Pir

Wanita yang memiliki bentuk tubuh ini adalah mereka yang memiliki ukuran perut, pinggul dan punggung yang besar. Bentuk tubuh buah pir akan lebih sesuai dipadankan dengan seluar yang melebar di bahagian bawah sehingga boleh mengalihkan perhatian mata ke bahagian bawah kaki.

4. Bentuk Tubuh Atletis

Bagi anda yang memiliki bentuk tubuh atletis, anda tidak perlu risau kerana kesemua fesyen pakaian adalah sesuai untuk anda. Namun, berhati-hati sekiranya tubuh anda semakin kurus, anda disarankan agar memilih gaun yang sedikit mengembang sehingga tubuh anda tampak lebih berisi.

5. Bentuk Tubuh Lurus

Jangan sekali-kali memilih pakaian ketat bagi anda yang bertubuh lurus. Pakaian ketat akan membuatkan tubuh anda nampak lebih kurus dan lurus.

Itu sahaja bagi tips pemilihan pakaian wanita yang bersesuaian dengan bentuk tubuh. Kenali bentuk tubuh dan pilihlah fesyen pakaian yang berpadanan akan membuatkan anda tampil yakin dan elegan.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lulu Hatun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share