Mantop Travel - Mursyid Ust Fakhrul Ariff

Mantop Travel - Mursyid Ust Fakhrul Ariff Ust Fakhrul Ariff adalah Mursyid MANTOP yang dilantik mewakili Mantop Travel Sdn Bhd

Last day sblm kita balik malaysia..Menu wajib sebagai penutup...breakfast mat'am yamani : sup kawarek lahm muqalqal bilj...
14/09/2025

Last day sblm kita balik malaysia..

Menu wajib sebagai penutup...breakfast mat'am yamani : sup kawarek lahm muqalqal biljibnah, fool, tuna biljibnah, kibdah syawayah..lunch ma'kulat masr : torb, hawawshi, kusyari, dajaj ala fahm..

Menu wajib bila di madinah..supaya balik tu igt madinah seisinya..

Jumpa di malaysia semua !!!


JANGAN OVER SANGAT SANJUNG NABI, LEBIH² PUJI NABI LEBIH DARI PUJI ALLAHntah la nak ckp cmne..ko jer kot yg berperasaan k...
11/09/2025

JANGAN OVER SANGAT SANJUNG NABI, LEBIH² PUJI NABI LEBIH DARI PUJI ALLAH

ntah la nak ckp cmne..ko jer kot yg berperasaan kami puji Nabi berlebihan shgga melebihi puji Allah, kami nie masih waras lg utk mengenali siapa tuhan dan siapa hambanya yg paling di kasihi..tu yg di ajar oleh Nabi s.a.w kpd kami.

Kadang² terfikir sejenak..

Ibu ayahku menyintai & mengasihiku selepas kelahiran ku, tp Nabi s.a.w menyintai & mengasihiku sebelum aku dilahirkan.

Hari ini aku memiliki 2 nikmat yg paling besar dlm hidupku iaitu nikmat islam & nikmat iman adalah asbab dakwah Nabi s.a.w

Ketika ummat Nabi lain kufur kpd Allah lantas di turunkan azab serta merta waktu hayat mereka, tp Allah perkenan doa Nabi s.a.w utk tidak dibinasakan ummatnya.

Ketika mana Nabi menghadapi sakitnya ketika di tarik nyawa, Nabi s.a.w tidak berfikir tentang dirinya tapi Nabi s.a.w sebut "Ya Allah, dahsyat sekali maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku. Jangan kepada umatku".

Dalam 124k org Nabi yg di utuskan Allah, dlm 313 org Rasul yg di utuskan Allah, dlm 25 org Rasul yg wajib diketahui, dlm 5 org Rasul yg di gelar ululazmi hanya Nabi s.a.w yg boleh memberikan syafaat di akhirat..dialah pemilik syafaat.

Dengan segala apa yang Nabi s.a.w buat & korbankan kepadaku waktu hayatnya..sangat kejam jika aku tidak balas kecintaan Nabi s.a.w kepada ku dengan lebih menyintai, mengasihi & merinduinya melebihi ibu ayahku, isteri, anak² ku dan semua kaum kerabatku..

Kalau ko masih tak nampak..hati ko keras bro !!!

السلام عليك يا رسول الله
السلام عليك يا حبيب الله
السلام عليك يا نبي الله
السلام عليك يا خير خلق الله
السلام عليك يا صاحب الشفاعة

Salam maulidur Rasul s.a.w

UST HJ FAKHRUL
MURSYID MANTOP TRAVEL
11 sept 2025 / Masjid Nabawi, Madinah AlMunawwarah

Hari nie adalah umrah ke 4 & terakhir saya sebelum sy bergerak ke bumi Rasulullah s.a.w Madinah Al Munawwarah..Kali ini ...
10/09/2025

Hari nie adalah umrah ke 4 & terakhir saya sebelum sy bergerak ke bumi Rasulullah s.a.w Madinah Al Munawwarah..

Kali ini setiap langkah sy bermula keluar hotel, ke tanaim utk bermiqat, menuju ke masjidil haram, bermula 7 pusingan tawaf di ikuti saie 7 pusingan, meratap di hadapan Allah di belakang maqam Nabi Allah Ibrahim as DOA SAYA ADALAH SEPUTAR UNTUK MU G*ZA, P@LESTIN3, SUMUD NUSANTARA FLOTILLA, ARWAH ADIK ZARA DAN GROUP² SEDEKAH YANG KONSISTEN MENJAYAKAN AKTIVITI KEBAJIKAN FASTABIQUL KHAIRAT PROJECT..

Wahai Tuhan..jgn di sebabkan dosa² ku menjadi dinding utk engkau makbulkan doa ini..




Admin :TAHNIAH kepada Ust Haji Fakhrul kerana di anugerahkan sebagai Mursyid Terbaik Mantop Travel & Tours bagi sesi 144...
14/07/2025

Admin :

TAHNIAH kepada Ust Haji Fakhrul kerana di anugerahkan sebagai Mursyid Terbaik Mantop Travel & Tours bagi sesi 1445/1446H dan pengiktirafan Mursyid bertaraf 5 Bintang.

Semoga Ust Hj Fakhrul sentiasa istiqamah dalam menyantuni tetamu² Allah..Amin ya rabb

"RASAI KELAINAN KEMBARA DENGAN ILMU"

MANTOP - MANifestasi Taqwa Optimum Prestasi


07/02/2025

FREE BULLET TRAIN + DISKAUN RM1000
Promosi bermula 10 - 20 Feb 2025
PM SAYA SEGERA

07/01/2025

Masih lagi ada dikalangan mutawwif yang tak jelas tentang hukum tawaf wada'

Jom ngaji dl..jgn terus nak kambing jer..

Walaupun dah 11 tahun dlm Industri Umrah & kembara, kdg² setiap Kali pergi mesti akan dpt ilmu baru, dan kdg² bukan dtg ...
30/12/2024

Walaupun dah 11 tahun dlm Industri Umrah & kembara, kdg² setiap Kali pergi mesti akan dpt ilmu baru, dan kdg² bukan dtg dr otai² tp dr adik² yg baru shj dlm industri nie..yg penting kita mesti rendah diri & terima ilmu² baru, jgn berasa diri dah perfect dan sombong utk bljr dr siapa pun serta x loket utk berkongsi dgn siapa pun...kuncinya adalah belajar & improve diri !!!..

Terima kasih kpd alumni Usrah Mantop dan Mantop Travel krn berikan peluang utk berkhidmat kpd tetamu² Allah..moga ada saham di akhirat..Amin ya rabb

MANTOP = MANifestasi Taqwa Optimum Prestasi



21/12/2024

Assalamualaikum..KHAS UNTUK ORANG TERENGGANU

KURUS FIQH UMRAH TEORI & PRAKTIKAL (PERCUMA & TERBUKA)
🗓️ 28 Disember 2024 (Sabtu)
⏰ 9.00 am - 12.00 pm
📌 Masjid Kampung Rusila, Terengganu

Location : ada di ruang Komen..

🍽️ Sarapan & air zamzam PERCUMA Disediakan ‼️

Kita akan berkongsi tentang :-
1. Kelebihan & keistimewaan Masjidil Haram & masjidil Nabawi
2. Rukun & wajib Umrah
3. Tatacara Umrah secara praktikal
4. Hukum & soal jawab fiqh umrah

Ust Fakhrul Ariff adalah Mursyid MANTOP yang dilantik mewakili Mantop Travel Sdn Bhd

17/12/2024

Nabi s.a.w bersabda :" diantara rumahku Dan mimbarku adalah taman drpd taman² syurga "..

Alhamdulillah..diberikan rezeki skli lg solat subuh di dalam raudhah bersama jemaah Usrah Mantop ..bila tolak wheelchair nie antara kelebihannya adalah boleh masuk awal Dan bila masuk awal blh pilih lokasi nak solat di mana, maka Sy pilih solat di tepi Maqam Rasulullah s.a.w di apit diantara tiang katil & tiang Abu lubabah @ tiang taubah..

Bila perhatikan lampu besar depan Mihrab saidina Usman, auto hati jd sebak, krn di bawah itulah Mihrab saidina Umar Al khattab Dan juga tempat saidina Umar syahid di bunuh ketika mengimamkan solat subuh..

Saidina Umar tahu yg dia suatu hari nnt akan syahid..Nabi s.a.w sendiri yg mengatakan ketika naik ke jabal uhud bersama saidina Abu bakar, saidina Umar n saidina Usman radiallahu anhum, uhud berlaku gegaran, lalu Nabi s.a.w menghentakkan kakinya lantas bersabda :" bertenanglah kamu wahai uhud, sesungguhnya di atas kamu ini seorang Rasul, seorang yg membenarkan & 2 org yg akan bakal mati syahid "...



Antara Aktiviti wajib jemaah Usrah Mantop ialah meraikan hari lahir jemaah² Umrah yg lahir pd bulan tersebut..Malam nie ...
13/12/2024

Antara Aktiviti wajib jemaah Usrah Mantop ialah meraikan hari lahir jemaah² Umrah yg lahir pd bulan tersebut..

Malam nie kita raikan 3 org jemaah yg lahir pd bulan disember di perkarangan Masjid Nabawi Madinah AlMunawwarah..hjh salawaty 1 disember (Brunei), hjh norasyikin 15 disember (Malaysia) Dan hjh Siti asiah 31 disember (Indonesia)..semoga mrk panjang umur, diluaskan rezeki mereka Dan dipermudahkan segala urusan mereka..Amin ya rabb..

Next trip Sy 16 januari 2025 insya Allah..jom menunaikan Umrah !!!..



Sekitar edaran 1250 pek Infaq sabil masjidil Haram Makkah Al Mukarramah..
05/12/2024

Sekitar edaran 1250 pek Infaq sabil masjidil Haram Makkah Al Mukarramah..

Address

No. 43A, Jalan SJ 1, Taman Setia Jaya
Rawang
48000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mantop Travel - Mursyid Ust Fakhrul Ariff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mantop Travel - Mursyid Ust Fakhrul Ariff:

Share