Nazri Tan

Nazri Tan Kisah kerja seorang pemandu lori
(3)

09/05/2026

Kenapa kren tak boleh naik?
Kenapa kena lapik rim dengan tayar forklift?
Kenapa naik gostan?

Semua tu ada sebabnya. Kalau boleh naikkan kren Jepun dengan mudah, kren China lahir tiada masalah. Sebab kren China bofy tinggi. Tak macam kren Jepun.


Benda simple bila kita datang mana mana tempat. Siapa sampai dulu dia masuk dulu atau dia turun dulu. Selebihnya budi bi...
30/04/2026

Benda simple bila kita datang mana mana tempat. Siapa sampai dulu dia masuk dulu atau dia turun dulu. Selebihnya budi bicara. Site macam ini memang kita perlukan cuaca panas untuk mudahkan kerja. Aku datang sini bukan untuk makan angin. Jadinya tak perlu nak suruh aku ke tepi atau cepat. Mata kepala ada tengok. Jadi site supervisor biar cerdik sikit. Lori empat buah yang kau kata tu, masih tidur lagi depan kedai mamak. Barang kau kalau nak turun dulu, suruhlah drebar tidur depan site. Tu pun nak ajar ke?

Bikin panas je…

25/04/2026

Percobaan kali ketiga…

12/04/2026

Bukit air mata Sungai Buluh Data Centre.

Angin bocor ketika mendaki. Syukur alhamdulillah. Sempat park tepi di puncak bukit. Lebih kurang satu jam baiki. Yang ada kelebihan baiki sendiri, benda ni akan mudahkan kita serta orang lain. Nak panggil pomen pun boleh. Tapi agak agak berapa lama dia boleh sampai. Kalau jam 6 petang baru siap, dapatlah pakej penginapan satu malam sebab jam 5 semua orang dah balik. Jadi pemandu lori, penting untuk kita tahu baiki sikit sikit macam ini. Lebih lebih lagi kalau kita kena di tempat yang tiada liputan rangkaian talipon.





12/04/2026

Nak cerita sikit tentang lokasi di Google Maps.

Trip ni sepatutnya aku hantar. Tapi disebabkan sibuk, Luqman Hakim yang hantar. Aku hanya ambil bila mesin dah siap kerja.

Masa dapat lokasi, Luqman ada tanya. Aku ada buatkan screen recording untuk ke sini walau pun aku tak pernah pergi site ini. Itulah gunanya kawan. Jadi drebar lori kalau takde kawan, aku rasa baik jangan. Apa pun aku ingatkan Luqman, jangan terus masuk. Parking dekat kawasan berhampiran. Sebab ini kawasan kampung. Tunggu orang site datang. Riki jalan sebelum masuk. Alhamdulillah. betul jalannya. Cuma masa Luqman masuk ada satu tempat kena tarah sebab treler sangkut perut. Apa yang kita nak buat perlu ada perancangan. Jangan pandang remeh.

Ceritanya, mana mana pemandu lori yang tak tahu jalan, bertanyalah. Tak rugi pun. Bila aku nasihat. Ada yang kata, aku dulu tak pernah salah jalan ke? Dik, ni pakcik nak cerita. Dulu kalau pakcik salah jalan tak pelik. Masa tu 1996. Sekarang ni kalau salah jalan, pakcik nak kata kau Bee Ngai je. Sebab handphone dah ada di tangan. Pakcik dulu talipon melekat pada tiang. Boleh faham tak? Kalau tak faham bagi tau. Pakcik boleh bagi tahu secara percuma. Janji korang selamat.

Cerita kelmarin. Tiada hari tanpa cabaran. Trip ke Bukit Tunku. Dalam Google Maps, untuk sampai ke lokasi nampak mudah. ...
05/04/2026

Cerita kelmarin.

Tiada hari tanpa cabaran. Trip ke Bukit Tunku. Dalam Google Maps, untuk sampai ke lokasi nampak mudah. Tapi kena ingat. Bukan semua laluan dalam Google Maps kita boleh ikut. Kaji dulu. Tak faham tanya orang. Lebih lebih lagi pemandu kenderaan berat. Dalam realiti ianya betul betul menguji kemampuan diri, jentera serta strategi. Pertama sekali site atas bukit dengan laluan sempit serta tiada tempat parking. Terpaksa turun tengah jalan. Kedua banyak wayar rendah sepanjang jalan. Jangan tanya wayar apa. Anda semua pasti tahu jawapannya. Ketiga, paling penting. Bila dah selamat sampai barang dah turun, nak keluar ikut mana?

Apa pun terima kasih kepada semua yang beri kerja sama untuk mudahan uruskan aku... 🤗

03/04/2026

Dalam dunia construction walau pun kita berlainan syarikat, pergi mana pun mesti boleh jumpa punya... 🤗

Kiri kanan sapu. Jalan terus. Banyak lagi tempat lain sedang menunggu. Sabarlah ye... 🤗
03/04/2026

Kiri kanan sapu. Jalan terus. Banyak lagi tempat lain sedang menunggu. Sabarlah ye... 🤗

29/03/2026

Sungai Buluh Data Centre.

Sebelum adanya jalan tar. Banyak site aku pergi, bila bukit tak lepas, nanti akan ada orang datang ajar aku macam mana nak lepaskan bukit tu. Padahal aku dah gunakan C gear. Di sini, sebelum ada kasaran, iaitu laluan tanah merah aku dah masuk. Jadinya aku tahu apa punca tak boleh lepas, walau pun beban aku susun semua kedepan. Sampai sekarang dah ada tar pun kadang kala aku kantoi di sini. Puncanya ada tumpahan bancuhan Simeon konkrit pada laluan. Ianya tidak dibersihkan serta dibiarkan. Bila sampai tempat itu, tayar pemacu akan berkais. Apa lagi. terus tarik handbrake. Jangan biarkan lori terundur Lepas tu baru tarik handbrake. memang tak akan berhenti punya.

Apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mohon Maaf Zahir & Batin... 🤗

20/03/2026

Di sebuah kawasan perumahan elit. Last trip sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri. Kadang kadang terpaksa naik ikut tepi disebabkan kawasan yang agak terhad. Walau pun kondisi mesin kurang baik.

19/03/2026

Cerita selpepas towing. Sekadar perkongsian. Telinga aku ni agak sensitif dengan bunyi. Tambah lagi kalau yang aku tak pernah dengar. Jadinya aku cari punca supaya hati boleh tenang semasa memandu. Senang dah tahu punca.


Address

Rawang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazri Tan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share