25/04/2026
📢 SEJARAH TERCIPTA! PIALA SULUNG MAIS UNTUK SRITI AL-JAUHAR 🏆
PAGOH, 25 APRIL – Tarikh 25 April 2026 menjadi detik bersejarah buat SRITI Al-Jauhar apabila berjaya merangkul kejayaan sulung di pentas pertandingan Mahrajan Amal Islami SRITI (MAIS) peringkat SRITI Negeri Johor.
Lebih membanggakan, Adik Nur Aina Husna (Tahun 6) telah berjaya meraih tempat ketiga dalam Pertandingan Pidato Bahasa Inggeris, sekali gus mengharumkan nama sekolah.
Kejayaan ini membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Sebagai seorang Ketua Pengawas, Adik Aina Husna bukan sahaja cemerlang dalam kepimpinan, malah berjaya menunjukkan prestasi hebat di pentas pertandingan.
Pencapaian ini diharap menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga SRITI Al-Jauhar untuk terus berusaha, berani mencabar diri dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
🌟 Tahniah dan syabas diucapkan! Teruskan kecemerlangan!