Dari Hati Ke Hati

Dari Hati Ke Hati Hidup tidaklah selalu indah, Tapi setiap detik ada makna. Tempat kita berhenti seketika dari sibuknya dunia, Mendengar, memahami, dan berkongsi rasa.

09/03/2026

Terdiam member😅 ゚viralシ

05/03/2026

“Tetaplah tersenyum, walau dunia kadang terasa kejam. Kerana senyumanmu adalah bukti bahawa hatimu masih kuat.”

゚viralシ

25/02/2026

Ingat ya —
kamu sudah bertahan sejauh ini.
Banyak malam yang sukar sudah kamu lepasi. Banyak air mata sudah kamu keringkan sendiri. Dan walaupun ada saat kamu rasa hampir runtuh,
kamu masih ada di sini.
Itu bukan kebetulan. Itu kekuatan yang mungkin kamu sendiri tak sedar.

゚viralシ

21/02/2026

Terluka tapi tak berdarah..
゚viralシ

21/02/2026

Selamat pagi,
Kalau hari ini terasa berat,
jangan berhenti…
Perlahankan langkah,
tarik nafas dalam-dalam,
dan teruskan dengan niat yang baik.
Allah tak lihat seberapa kuat kita,
Allah lihat seberapa ikhlas kita bertahan.

゚viralシ

20/02/2026

Wahai diri,
Ramadan datang bukan sekadar untuk kau lalui, tetapi untuk kau perbaiki.
Kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur. Kurangkan tidur panjang, lebihkan doa yang tenang.

゚viralシ

17/02/2026

Hari ini adalah peluang baru.
Walau semalam penuh dengan kesilapan, hari ini masih terbuka untuk perubahan.
Jadi untuk hari ini melangkah lah dengan yakin, buat yang terbaik,
dan percayalah pada kemampuan diri sendiri.
Semangat ya.

゚viralシ

17/02/2026

Ingat, hari ini adalah peluang.
Peluang untuk jadi lebih baik daripada semalam.
Peluang untuk cuba lagi.
Peluang untuk percaya pada diri sendiri.
Kamu mampu.
Kamu sedang berusaha.
Dan itu sudah cukup membanggakan.

゚viralシ

17/02/2026

Kamu tak perlu kejar semua perkara sekaligus.
Tak perlu bandingkan hidup dengan orang lain.
Setiap orang ada perjalanan masing-masing,
dan perjalanan kamu sedang berjalan dengan caranya sendiri.
Tarik nafas perlahan-lahan.
Rasa udara yang masuk ke dada.
Itu tanda kamu masih diberi peluang untuk terus mencuba.

゚viralシ

16/02/2026

Jangan hukum seseorang kerana masa lalunya.
Kita semua pernah jatuh,
bezanya ada yang dilihat,
ada yang Allah lindungi.
Masa lalu adalah pelajaran,
bukan hukuman seumur hidup.
Jika tidak mampu memahami,
cukuplah jangan menghakimi.
Kerana setiap hati
sedang berjuang untuk jadi lebih baik.

゚viralシ

16/02/2026

Kadang kita terlalu fokus pada apa yang kita tak dapat,
sampai lupa banyak benda baik yang Allah dah beri.
Bila kita belajar bersyukur, hati jadi lebih tenang.
Rasa marah dan kecewa pun perlahan-lahan hilang.
Tak perlu hidup sempurna untuk rasa bahagia.
Cukup belajar ucap,
“Alhamdulillah untuk hari ini.”

゚viralシ

16/02/2026

Hari ini, apa pun keadaan kita,
jangan lupa untuk tunduk dan berkata Alhamdulillah.
Kerana dengan syukur, yang sedikit terasa cukup,
yang sempit terasa lapang,
dan hidup menjadi lebih terang.

゚viralシ

Address

Kuala Lumpur
54100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dari Hati Ke Hati posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share