30/05/2026
Alhamdulillah. TAHNIAH Tabung Haji dan semua jemaah Haji Malaysia.
Tabung Haji Rangkul Anugerah Labaytum Diamond Award bagi Musim Haji 1447H/2026M
Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila merangkul anugerah tertinggi Diamond Award menerusi Anugerah Labaytum 2026 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pencapaian ini menjadikan TH penerima Diamond Award bagi dua tahun berturut-turut serta kemenangan kelima TH dalam sejarah Anugerah Labaytum sejak 2023.
Pengiktirafan tertinggi ini mencerminkan kecemerlangan berterusan TH dalam mengurus dan menyampaikan perkhidmatan haji bertaraf dunia kepada para Dhuyufurrahman.
TH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para jemaah haji Malaysia atas kepercayaan yang diberikan, para pendeposit atas sokongan yang berterusan serta rakan-rakan strategik atas kerjasama dan komitmen yang telah menyumbang kepada pencapaian bersejarah ini.
Pengiktirafan ini akan terus menjadi pemangkin kepada TH untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan mengekalkan kecemerlangan pengurusan haji Malaysia, kerana Perjalanan Teragung Anda, Amanah Kami.