14/09/2018
Menyusuri pagi jumaat.. memerhati perkembangan spears/sulur asparagus yg semakin banyak dan semakin membesar.. kebanyakan dari semaian biji bulan Oktober 2017 yg dibeli pada Disember 2017..
Beberapa peringkat perkembangan
1. anak pokok dlm tray dipindahkan ke polibag/pasu
2. Anak pokok dlm polibag/pasu yg stabil dipindahkan ke tapak tetap
3. Pengembangan anak pokok - batang semakin meninggi, banyak tapi saiz kecil
4. Pembesaran - Sulur baru keluar semakin besar dibiarkan menjadi batang yg lebih besar, batang yg kecil kering dan dibuang
5. Sulur hanya dipetik bila pokok cukup matang - batang cukup besar dan bilangan batang pada kuantiti yg sesuai