02/09/2022
‼️SCAMMER ALERT‼️ SCAMMER ALERT‼️ SCAMMER ALERT‼️
Untuk Perhatian semua!!. Pihak syarikat SISMAHOME CLEANING SERVICES telah menerima aduan berkenaan tawaran pakej cleaning yang murah untuk cucian rumah di Facebook pada hari ini dengan menggunakan nama "SISMAHOME CLEANING SERVICES"
Untuk pengetahuan anda, di SISMAHOME CLEANING SERVICES tidak pernah menawarkan pakej cuci rumah murah kiraan jam atau cucian harian seperti yang di iklan kan oleh "scammer" ini. Pihak kami hanya menjalankan cuci rumah baru selepas renovasi(Post Renovation Cleaning) dan Deep Cleaning sahaja.
SISMAHOME CLEANING SERVICES juga tiada sebarang aplikasi pembayaran melalui link whatsapp dan sebagainya. Sebarang urusan pembayaran hanya melalui persetujuan dua belah pihak antara pelanggan dan pihak SISMAHOME CLEANING SERVICES ke akaun bank rasmi syarikat dan di sertakan dengan sebut harga, resit rasmi dan invois.
SISMAHOME CLEANING SERVICES hanya berhubung melalui no telefon rasmi syarikat iaitu 011-56490169 untuk sebarang pertanyaan dan pembayaran.
Pihak syarikat telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi no telefon rasmi kami sahaja di +60 11-5649 0169
Untuk pengetahuan semua pelanggan, operasi terakhir kami dijalankan pada 27 Ogos 2022 dan kami sudah tidak beroperasi selepas tarikh dinyatakan disebabkan masalah dalaman syarikat. jika terdapat sebarang iklan yang melibatkan nama syarikat kami selepas ini, diminta untuk membuat laporan ke pihak Facebook.
Kepada mangsa scammer ini, diminta untuk membuat laporan polis secepat mungkin.
MOHON SEBARKAN SUPAYA TIADA YANG TERPEDAYA DENGAN SCAMMER INI
Pages di bawah ini "BUKAN" Facebook rasmi SISMAHOME CLEANING SERVICES. Scammer ini telah mencuri logo dan gambar dari official page kami. Mohon berhati-hati. Jika terdapat sebarang urusan mencurigakan sila segera membuat laporan polis.
Kami meminta supaya report page di bawah ini agar Facebook block secepat mungkin sebelum ramai menjadi mangsa. Terima kasih.
‼️ https://www.facebook.com/Sisma-Cuci-Rumah-Servis-110052595150384 ‼️
‼️ https://www.facebook.com/Sisma-Cuci-Rumah-Servis-109737608515791/ ‼️
SISMA HOME CLEANING SERVICES.
Head Operation.