16/04/2026
Pemilik kenderaan e-hailing kini dibenarkan memperbaharui cukai jalan (road tax) secara lebih fleksibel, iaitu antara 1 hingga 12 bulan.
Perubahan ini memudahkan pemandu menyelaraskan tempoh cukai jalan dengan tarikh tamat permit kenderaan (eVP) atau pemeriksaan Puspakom.
Maklumat Tambahan & Syarat:
Fleksibiliti: Boleh renew serendah 1 bulan dan maksimum 12 bulan.
Kadar Bayaran: Kadar fi bagi pembaharuan 1–5 bulan tidak melebihi kadar 6 bulan (prorated), tertakluk kepada tempoh sah eVP dan pemeriksaan Puspakom.
Cara Renew: Boleh dilakukan secara atas talian menerusi aplikasi MyJPJ, kiosk JPJ, atau kaunter JPJ.
Syarat: Memastikan insurans e-hailing telah diperbaharui.
Ini membantu meringankan beban pemandu e-hailing daripada terikat dengan syarat 6 bulan atau setahun sebelum ini.