01/06/2026
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
[ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI YDPA]
Dengan penuh rasa hormat dan setinggi-tinggi ucapan tahniah, kami merafak sembah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda.
Semoga Allah SWT mengurniakan usia yang panjang serta rahmat dan keberkatan kepada pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. Dengan penuh hormat, kami dari KOR SISPA UiTM Cawangan Selangor mengucapkan sembah takzim dan doa yang ikhlas agar Tuanku terus memayungi rakyat serta membawa negara ke arah kemakmuran yang berpanjangan.
Menjunjung Kasih Tuanku, Daulat Tuanku.