16/05/2026
๐๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ซ๐ ๐๐ฎ๐ญ๐๐ฐ๐ฐ๐ข๐ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ญ๐๐ฐ๐ฐ๐ข๐๐๐ก
ALOR SETAR, 14 Mei โ Kursus Pra Mutawwif dan Mutawwifah anjuran Sofna Travel telah berlangsung dengan jayanya di HQ Sofna Travel, Alor Setar, Kedah, pada Khamis lalu. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta yang berminat mendalami ilmu serta kemahiran dalam bidang mutawwif dan mutawwifah.
Sepanjang kursus berlangsung, pelbagai perkongsian menarik telah disampaikan kepada para peserta merangkumi aspek pengendalian jemaah, komunikasi, pengurusan ibadah serta persediaan praktikal sepanjang perjalanan umrah.
Sofna Travel berhasrat untuk terus menganjurkan Kursus Mutawwif dan Mutawwifah pada masa akan datang bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu yang berminat menyertai bidang tersebut.
Peserta kursus akan dilatih untuk menjadi mutawwif dan mutawwifah yang berkualiti, berilmu serta mampu membimbing jemaah dengan penuh amanah dan profesional. Latihan yang diberikan merangkumi pembelajaran secara teori sehingga ke praktikal bagi memastikan peserta benar-benar bersedia menghadapi situasi sebenar.
Orang ramai yang sedang mencari peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mutawwif dan mutawwifah dijemput untuk menyertai program anjuran Sofna Travel pada masa akan datang.