SAS at ERBIL, Hidden Heaven of IRAQ

SAS at ERBIL, Hidden Heaven of IRAQ Pengalaman peribadi sewaktu berada di Erbil, Iraq kerana menziarahi suami.

17/06/2024

GERABAK KASIH :
Kembara Merentas 10 Negara Eropah Naik Kereta Api Dengan Ayah

Ok tak tajuk ni?

Sambungan buku kembara bergambar
Kasih Abadi Di Bumi Abu Ayub Al-Ansari : Kembara Bersama Ayah di Istanbul Turkiye

Tajuk ini tiba-tiba je muncul di saat akhir semakan manuskrip. Pening juga fikir nak buat tajuk macam mana.

Sama jugalah dengan buku kedua. Tapi masih ada masa sebab baru siap bab sampai saya terpisah dengan ayah di stesen kereta api Bulgaria.

Idea ini muncul waktu Subuh kejap tadi :D

Kisah kami sesat di Romania kemudian, HIKMAH DHUHA, Allah temukan kami dengan Dato' Duta Malaysia melalui FB. Tinggal bersama beliau sekeluarga, dibawa meronda merata-rata selama 3 hari di Bucharest Romania.

Lepas tu singgah Budapest Hungary merentas Danube River, sambung lagi singgah Paris sehari. Ayah sempat solat atas tanah je di kaki Menara Eiffeil & cruise Seine River.

Di stesen kereta api ketika saya sendirian nak kena angkat beg yang berat dan banyak, tiba-tiba ada manusia berkulit hitam berpakaian celoreng tentera tolong angkat beg masuk gerabak, nyaris tertinggal lagi sekali. Baru nak ucap terima kasih, orang tu 'ghaib'.

Kemudian tukar kereta api bawah laut merentas Selat Inggeris sampai St Pancras London. Sambut Aidil Adha di Malaysia Hall.

Kenapa nama GERABAK KASIH ?

Pertama :
Sebagai kesinambungan tajuk buku pertama KASIH ABADI .

Kedua :
Sebab lagi banyak masa saya bersembang dengan ayah dalam gerabak kereta api, jumpa kawan-kawan pengembara dari pelbagai negara, bangsa, agama... Koleksi pemandangan sepanjang kami merentasi 10 negara , sunrise dan sunset, gambar bulan pun saya sempat rakam dalam kereta api yang berkelajuan lebih 200km sejam.

Begitulah sedikit idea saya, kalau ada cadangan, sangat dialukan :)
Kalau ada cadangan, sangat dialukan.

Shahrina Ahmad Sharkawi
11 Zulhijjah 1445
18.6. 2024 6.30 pagi
Selasa

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Mohon maaf andai ada tersilap kata, tersentuh hati ..تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ “S...
09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidil Fitri..
Mohon maaf andai ada tersilap kata, tersentuh hati ..

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
“Semoga Alah menerima kebaikan dari kami dan dari kamu semua.”

Semoga Allah terima setiap amalan kita agar usaha & doa kita tidak sia-sia. Moga Allah beri kesempatan kita bertemu lagi dengan Bulan Ramadhan tahun akan datang .

Amin ya Rabb

Dengarkan alunan takbir raya ini di Spotify, Apple Music dan semua platform muzik digital kegemaran anda. Klik link berikut: https://bfan.link/takbir-raya Sa...

24/03/2024

Address

Erbil
Irbil
44001

Telephone

+601124172553

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAS at ERBIL, Hidden Heaven of IRAQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SAS at ERBIL, Hidden Heaven of IRAQ:

Share