29/12/2023
1. Perbincangan awal di antara Koperasi Veteran Tentera Malaysia Berhad (KOVETEN) dan Metro Driving Academy bagi menyediakan peluang Kerjaya Kedua bagi ahli KOVETEN dan Veteran ATM telah diadakan pada pagi Khamis 27 Dis 23 di Metro Driving Academy, Kampung Melayu Subang, Selangor.
2. Usaha ini akan memberi peluang untuk lebih daripada 30,000 ahli KOVETEN dan Veteran ATM melibatkan diri di dalam bidang kerjaya berkaitan dengan pengangkutan darat dan logistik yang boleh memberikan pekerjaan gaji tinggi.
3. Di antara kerjaya yang akan disediakan adalah seperti berikut:
a. VIP Chauffer.
b. Personal Driver and Bodyguard.
c. Driving Instructor.
4. Metro Driving Academy telah diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sebagai Akademi Memandu Terbaik dan juga salah satu Pusat Bertauliah bagi Kementerian Sumber Manusia.
5. Kerjasama ini akan membolehkan ahli KOVETEN dan Veteran ATM melalui latihan peningkatan dan khusus serta mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa.
6. Hadir pada perbincangan tersebut adalah Dato Jimmy Ng Keng Joo, Hj Abu Hassan Suhaimi, Pengerusi KOVETEN, Mej Anuar Ariffin, Timbalan Pengerusi KOVETEN, Kdr Log Ts Shahrir Hj Ahmad FCILT, SU KOVETEN, En Mat Aris Bakar, MD Metro Driving Academy, Maj Dr A. Aziz Ibrahim, Presiden Metro Transport College, Mat Aris Bakar, Ahmad Faris Ahmad Shah.